Bersamaan tarikh 10 Nov 2007, Bandaraya Kuala Lumpur telah diisytiharkan
`Bandaraya Polis' dan tidak keterlaluan dikatakan menjadi `kota Cowboy'
buat sementara waktu.
Pada mulanya saya menjangkakan perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH
tidak akan mencapai sasaran apatah lagi bila telah mendengar ucapan
penggulungan Presiden UMNO yang merengek, merayu dan memberi amaran
kepada rakyat untuk tidak bersama dalam perhimpunan tersebut.
Amat memeranjatkan saya, di luar jangkaan sama sekali semangat rakyat pada
hari tersebut. Di segenap pelosok dan penjuru jalan untuk memasuki ibu
kota telah dipenuhi oleh pejuang-pejuang demokrasi yang datang tanpa ada
paksaaan, upah, jauh sekali diumpan dengan konsert Mawi.
Peristiwa ini dilihat sendiri oleh perwakilan-perwakilan UMNO yang dalam
perjalanan pulang ke kawasan masing-masing dan tentulah mereka sendiri
akan berfikir apakah releven lagi amanat Presiden mereka.
Mereka juga merasa malu bila mengenangkan menantu Presiden mereka iaitu
Khairy yang bersemangat `beruk' (Perkataan `beruk' adalah senonim dengan
Khairy} yang kununnya untuk ingin menggertak rakyat untuk tidak
berhimpun.
Apakah rakyat takut? Yang pasti terlalu takut dengan gertakan Khairy itu
adalah pihak Polis yang menggelabah sejak malam perhimpunan lagi.
Alangkah indahnya jika kerajaan mengumumkan pemberian `bonus' khas kepada
pihak Polis kalaupun tidak kepada semua kakitangan Kerajaan.
Mereka memang layak diberi bonus memandangkan telah membuktikan kesetiaan
tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan terpaksa melupakan kes-kes
jenayah yang lain.
Hujan rahmat telah turun sekitar bandaraya pada hari itu.
Pemimpin-pemimpin utama pembangkang telah menunaikan janji mereka untuk
bersama rakyat. Seandainya mereka-mereka yang datang dari Utara, Selatan
dan Timur tanahair tidak disekat, saya tidak dapat bayangkan keadaan di
kotaraya ketika itu.
Di dalam keadaan sekatan begitu hebat pun, jumlah kehadiran adalah
berkali-kali ganda dari yang hadir di PWTC baru-baru ini. Ternyata ia
sebuah perhimpunan yang amat berjaya, dan lebih berjaya mengecutkan perut
pemerintah.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang terlibat dan telah berkorban
di dalam menuntut demokrasi yang adil. Syabas kepada semua pemimpin
pembangkang, NGOs dan kepimpinan pelbagai pertubuhan termasuk para
pelajar dan mahasiswa. Semoga ia menjadi pemangkin untuk kita terus
berjuang dalam pilihanraya nanti. Syabas.
-----------------------------------------
Tahniah rakyat Malaysia! pilih jalan raya tuntut demokrasi tulen -
Presiden PAS
Nov 11, 07
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul
Hadi Awang memberi ucapan tahniah dan penghargaan tinggi kepada peserta
perhimpunan kerana tidak gentar dengan ugutan dan memilih jalan raya
untuk menuntut demokrasi tulen di negara ini.
"Tahniah kepada Bersih yang telah berjaya anjurkan perhimpunan rakyat
pada hari ini.Kepada seluruh peserta himpunan yang datang dari seluruh
pelusuk negara saya ucapkan setinggi tahniah, kerana telah berjaya
buktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran
berjuang untuk membawa perubahan dalam negaranya," tegas Tuan Guru
Abdul Hadi dalam ceramah umumnya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar
malam tadi.
Turut serta dalam ceramah umum anjuran Bersih di Taman Melewar malam
tadi selepas himpunan 100,000 rakyat pada jam 2.30 petang semalam
berjaya ialah, Penasihat Perti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri
Anwar Ibrahim; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung
KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; AJK DAP Pusat, Ronnie Liu dan
Koordinator Penggerak Demokrasi, Anuar Tahir.
Presiden PAS melahirkan tahniah kepada peserta himpunan aman kerana
cukup bersabar walaupun ada gangguan sambil menyifatkan kesediaan
mereka menyertai himpunan semalam adalah satu pengorbanan yang sangat
mahal harganya,
"Kita memilih jalan untuk turun di jalan raya jangan paksa kita masuk
hutan," katanya sinis sambil disahut dengan laungan takbir oleh
penonton.
Kesakitan adalah kemanisan dalam perjuangan
"Tahniah kepada rakan-rakan yang ditahan (42 orang tetapi telah
dibebaskan lewat malam tadi) yang sakit.Yang sakit itu adalah kemanisan
dalam perjuangan.Mudah-mudahan yang menerima kemanisan perjuangan ini
dapat fadhilat dari Allah," katanya.
Katanyanya, rakyat memilih jalan raya, setelah melihat pilihan raya
yang penuh dengan kekotoran dan penyelewengan, yang bercanggah dengan
prinsip demokrasi.
Asas kepada prinsip demokrasi ialah yang memberi hak kepada rakyat
menjadi hakim yang adil, melalui 'mahkamah' yang diberi kepada rakyat
iaitu pilihan raya, katanya.
"Kita faham demokrasi bukan sahaja mengundi dengan bebas, demokrasi
juga termasuk media yang bebas diberi peluang kepada semua parti
politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Pemerintah zalim, sekat media
"Parti pemerintah adalah zalim apabila tidak beri ruang kepada parti
yang bukan memerintah untuk menyatakan hujah melalui media," katanya.
Demokrasi yang adil mestilah minda rakyatnya terbuka boleh berfikir
dengan baik dapat maklumat dari semua pihak, ujarnya.
Apa yang berlaku pada hari ini demokrasi media 'dicekik' dan
disempitkan hingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil melalui
pilihan raya, tegasnya.
Rakyat menjadi mangsa kezaliman dalam masa singkat kerana mereka ditipu
dengan hanya beberapa jam dalam pilihan raya, katanya lagi.
PAS dan rakan-rakan parti politik lain serta rakanrakan NGO menubuhkan
Bersih untuk lakukan satu gerakan rakyat supaya kelak satu reformasi
berlaku dalam demokrasi.
Kata Presiden PAS itu, demokrasi yang baik yang menjadi alat yang
penting memilih kerajaan yang sihat melalui pilihan raya yang adil.
Setiap kerajaan ada ajalnya
Ustaz Hadi seterusnya menasihatkan rakyat bahawa, Allah mengajar supaya
hambanya berwirid dalam solat lima waktu.
Maksud wirid yang dibacakan Presiden PAS "katakanlah wahai Allah
tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau
kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau
hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau
sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas
segala-gakanya".
Kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Allah menjadikan kerajaan adalah ujian
kepada pemimpin dan rakyat.
Ada kerajaan yang baik dan adil, ada kerajaan yang zalim dan jahat,
silih berganti, ujarnya.
"Allah tidak menjadikan kerajaan dalam dunia ini kekal selama-lamanya
termasuk kerajaan Nabi Sulaiman; Nabi Daud dan Nabi Muhammad s.a.w ada
ajalnya," katanya..
Kerajaan zalim pasti temui ajalnya
Begitulah kerajaan yang zalim tidak akan memerintah lama ada ajalnya
termasuk kuasa besar dunia Jerman, Perancis, Soviet Union dan kini
Amerika Syarikat, semuanya ada ajalnya," katanya.
"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga
ada ajal.Akan tiba masa tamat riwayatnya.
"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat
bukan ajak disudahkan dengan memalukan.Kita beri peringatan kepada
pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik.Jangan
tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," katanya.
Sambil melaungkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh berhadapan
dengan kerajaan jahat BN sepertimana rakyat Indonesia, Filipina dan
Thailand berhadapan dengan kerajaan mereka yang jahat.
"Rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan BN.Wahai BN tamatkan riwayat
kamu dengan cara yang terhormat.Ayuh bersihkan demokrasi yang kamu
kotorkan.Kalau kamu berkeras percayalah kuasa kamu tak kekal selamanya,
kita buktikan keyakinan kita pada hari ini," tegasnya.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment