Thursday, November 15, 2007

Musibah apabila Dun Selangor sifar pembangkang Melayu
October 31 2007

Saya sarankan kepada rakyat Selangor supaya berfikiran lebih terbuka
untuk bersedia mengundi pembangkang agar lebih ramai wakil rakyat DAP,
KeADILan dan PAS dalam Dun Selangor selepas pilihan raya akan datang.
Biar wakil-wakil rakyat BN gerun sikit semasa persidangan DUN dan
kerajaan pula merasa mereka sentiasa diperhatikan.


Oleh Pak Tam Mat

Semasa kes perobohan kawasan setinggan Kg Berembang yang tidak
berperikemanusiaan itu masih memenuhi kotak fikiran, tiba-tiba kita
dikejutkan dengan tindakan keras penguatkuasa merobohkan Kg Rimba Jaya,
Shah Alam.

Dengan notis seminggu rumah-rumah dan surau serta kuil dirobohkan walaupun
penduduk minta ditangguhkan sehinggalah anak-anak sekolah yang bakal
menghadapi peperiksaan selesai berbuat demikian. Sepatutnya berilah
peluang sewajarnya, di samping melihat masalah perpindahan yang menimpa
sebahagian penduduk. Tak rugi untuk pihak kerajaan mendengar rintihan
hidup rakyat sendiri, dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan
konflik mereka.

Saya kadang-kadang terfikir, apakah semua ini didorong oleh konsep sifar
pembangkang yang diamalkan oleh Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar
Selangor? Apakah segalanya perlu pantas dan tangkas bagi menjayakan
impian menteri besar muda ini, walaupun ia menyebabkan rakyat teraniaya
dan gelaran negeri maju tiada makna buat mereka semua? Tiada siapa mahu
menolak pembangunan, tetapi biarlah apabila projek pembangunan hendak
dijalankan, semua aspek-aspek kemanusiaan diambil kira. Kita semua insan,
ada budi bicara, ada naluri kemanusiaan, maka bertimbang rasalah dalam
membuat sesuatu keputusan, apatah lagi ia menyentuh masyarakat bawahan
atau golongan yang terpinggir.


Apakah kerajaan BN sewenang-wenangnya bertindak disebabkan mereka tidak
hiraukan bantahan yang akhirnya tidak pun memberi kudis kepada kuasa
Umno-BN itu sendiri? Pemimpin BN arif benar dengan sikap masyarakat
Melayu, yang mungkin marah sedikit hari ini, tapi dekat pilihan raya
mudah dipujuk dengan harga yang cukup murah. Sebab itu berdepan dengan
masyarakat Melayu, penguatkuasa kerajaan begitu sombong dan angkuh, tapi
kalau dengan masyarakat Cina mereka menggunakan pelbagai kaedah yang
lebih lembut. Malang sungguh orang Melayu yang merempat di bumi sendiri.

Mungkin ini juga kesan daripada sifar pembangkang Melayu dalam Dun
Selangor. Yang ada dalam sidang DUN hanya dua wakil DAP, kedua-duanya
Cina, sedangkan wakil PAS dan KeADILan, tak ada seorang pun. Maka
bermaharajalelalah BN untuk melakukan apa jua operasi, sebab mereka tidak
bimbang kuasa akan tergugat dan tiada wakil Melayu yang akan menghangatkan
sidang Dun Selangor. Lagi pun Ketua Pembangkang, Teng Chang Khim masih
tidak dibenarkan menghadiri sidang. Masya-Allah, ruginya rakyat Selangor
kerana langsung tak dapat pembelaan di DUN.

Saya sarankan kepada rakyat Selangor supaya berfikiran lebih terbuka untuk
bersedia mengundi pembangkang agar lebih ramai wakil rakyat DAP, KeADILan
dan PAS dalam Dun Selangor selepas pilihan raya akan datang. Biar
wakil-wakil rakyat BN gerun sikit semasa persidangan DUN dan kerajaan
pula merasa mereka sentiasa diperhatikan. Tolonglah rakyat Selangor untuk
menolong mereka sendiri juga akhirnya nanti.

********.*.********

Rasuah Sudah Parah
ISU KG RIMBA JAYA: KERAJAAN ZALIM JADIKAN RAKYAT SENDIRI MACAM
PENDATANG 31 10 2007 dipetik:
Pemudabukitkatil
Empat peguam hak asasi manusia telah ditahan polis ketika cuba memasuki
balai polis Seksyen 11 Shah Alam malam tadi untuk membantu penduduk
Kampung Rimba Jaya di Padang Jaya, dekat Shah Alam yang ditahan kerana
menghalang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah mereka
semalam.


Peguam terbabit ialah P Uthayakumar, P Waythamoorthy serta peguam dari
DAP M Manoharan dan S Ganabathi Rao.


Dalam kejadian semalam, 15 penduduk ditangkap dan kini ditahan di balai
polis Seksyen 11, Shah Alam.


Lebih 200 rumah, sebuah kuil yang berusia 100 tahun dan sebuah surau
telah dirobohkan oleh pihak berkuasa. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy
Vellu yang berada di tempat kejadian semalam, juga tidak dapat berbuat
apa-apa.


Hari ini, pihak polis telah mendapatkan perintah reman selama empat hari
terhadap penduduk terbabit, kata Ketua Biro Perundangan DAP, A Sivanesan.


Manakala empat peguam berkenaan masih lagi ditahan walaupun tiada
perintah remah diperolehi terhadap mereka sehingga ini.


Ketika dihubungi, Sivanesan juga berkata, sekurang-kurangnya dua orang
penduduk cedera dalam kejadian semalam.


"Seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an dan seorang remaja lelaki
berusia 16 tahun cedera teruk. Pakaian mereka basah dengan darah dan
mereka masih memakainya," kata Sivanesan.


Akhbar-akhbar berbahasa Tamil hari ini turut menyiarkan gambar seorang
lagi lelaki yang cedera di kepala.


Peguam dikasari
Pihak polis juga telah mengambil kenyataan Uthayakumar dan dalam proses
untuk mengambil kenyataan dari tiga orang lagi peguam terbabit.


Empat peguam tersebut ditahan selepas berlaku kekecohan di depan balai
polis Seksyen 11 itu selepas mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak
polis.


"Mereka ke situ untuk membantu penduduk membuat laporan polis terhadap
kerajaan negeri dan pihak berkuasa terbabit. Mereka juga mahu mengetahui
status mereka yang ditangkap dan ditahan," kata peguam Hindraf, R
Gengadharan ketika dihubungi hari ini.


"Cara penangkapan dan penahanan oleh pihak polis tidak berjustifikasi,"
katanya.


Malam tadi, Waythamoorthy telah membuat laporan polis terhadap cara pihak
polis menangkap beliau dan tiga peguam lain.


Dalam laporan yang dibuatnya di balai polis yang sama, Waythamoorthy
berkata, beliau telah dikasari dan diacu dengan senjata mesingun apabila
dia bertanya mengapa peguam-peguam tersebut tidak dibenarkan masuk ke
balai.


Dakwa acu senjata
Dalam laporannya, beliau berkata, badannya telah ditekan ke bawah dan
kakinya dipijak, untuk menghalangnya daripada berdiri.


"Saya cedera di kepala, belakang dan di bahagian siku…konstabel yang sama
mengancam untuk menembak saya jika saya tidak keluar dan senjata
mesigunnya diacu ke arah saya semasa saya masih berada di tanah,"
katanya.


Beliau juga mendakwa bahawa seorang lagi anggota polis telah berkata yang
dia "akan memastikan saya ditahan dalam lokap malam ini".


Sementara itu, seorang lagi aktivis hak asasi manusia, S Kumaravel, 44,
berkata sebuah surau turut dirobohkan dalam gerakan semalam.


Surau tersebut terletak di Kampung Rimba Jaya, kira-kira satu kilometer
dari kuil tersebut. Kuil Sri Maha Mariaman terletak di Rimba Jaya.
Penduduk India dari Kampung Karuppiah yang berhampiran, bersembahyang di
kuil tersebut.


Kumaravel, yang juga ahli exco Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) berkata,
lebih 200 rumah di Rimba Jaya telah dirobohkan dalam gerakan semalam yang
membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300 anggota polis, termasuk
dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).


Sebahagian besar penduduk Rimba Jaya adalah orang Melayu manakala majorit
penduduk Kampung Karuppiah terdiri daripada kaum India.

Menurut Kumaravel, anggota penguatkuasa MPSA telah menggunakan cota untuk
memukul orang ramai.


Lepas tembakan
Katanya, dia juga nampak seorang ahli penguatkuasa mengeluarkan sebilah
pisau.


Kerja merobohkan kuil Sri Maha Mariaman mengambil masa hampir tiga jam.
Kerja meroboh itu diteruskan pada jam 2 petang walaupun dibantah oleh
kira-kira 400 penduduk. Kejadian membaling batu juga dilaporkan berlaku
antara kedua belah pihak.


Manakala akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh melaporkan polis telah
melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah lori, dan memancitkan
sekurang-kurang satu tayarnya. Nanyang Siang Pau pula melaporkan bahawa
lima das tembakan dilepaskan. Laporan itu berkata beberapa penduduk cuba
melarikan diri dari pihak polis dengan menaiki lori tersebut. Mereka
kemudiannya ditangkap.


Awal pagi tadi, Kumaravel membuat laporan polis di Seksyen 11 terhadap
kerajaan negeri kerana mengarahkan gerakan merobohkan rumah di kampung
berkenaan.


"Pihak polis memberitahu kami bahawa arahan itu datangnya dari Menteri
Menteri Besar (Datuk Seri Mohd Khir Toyo). Tidak terdapat sebarang
perintah mahkamah untuk merobohkan surau atau kuil tersebut," katanya.

« KHIR TOYO DAN AGENSI KERAJAAN SELANGOR TERUS MELAKUKAN
KEZALIMAN MOKHTAR DAHLAN KONONNYA JADI 'HERO' DI RIMBA JAYA »

dipetik: UMNO-REFORM
Kampung Rimba Jaya, sewaktu anak-anak sedang mahu menduduki peperiksaan,
sewaktu Syawal masih belum reda dan Deepavali menjelang tiba, SHAH ALAM ,
Selangor yang di terajui oleh Menteri Besar Khir Toyo - yang nyata bagi
www.umno-reform.com

musuh kemasyarakatan merobohkan kampung ini. Tidak
boleh ditangguhkan lagi dan tidak boleh berkompromi, yang penting
kononnya pembangunan. Pembangunan yang hanya bermakna bagi segelintir
mereka. Mokhtar Ahmad Dahalan mencarut kononnya Am Bank boleh meluluskan
pinjaman untuk mereka yang tidak berkemampuan, black list dan sebagainya.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: