Sunday, October 18, 2009

Terengganu negeri kedua isi rumah termiskin

Dato Kamarudin: Terengganu negeri kedua isi rumah termiskin, jawab
Kerajaan kepada Wakil BN Kuala Nerus Posted on October 30, 2007 by
editor

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya ingin bercakap tentang perbahasan Rang Undang-undang
Belanjawan 2008 ini dengan bercakap ringkas sahaja.


Saya mendapati bahawa ucapan-ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
daripada dua-dua pihak adalah amat baik sekali, mengandungi
cadangan-cadangan, fakta-fakta, rintihan-rintihan yang amat baik sekali
yang saya harap pihak kerajaan akan mengambil masa dan memberikan sedikit
tumpuan supaya masalah-masalah rakyat yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat sebelum ini dapat dijelaskan dengan sebaik-baiknya.


Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan hanya dengan membaca jawapan yang
diberikan oleh pihak kerajaan kepada satu soalan lisan yang bertarikh 3
September 2007, hari Isnin yang tidak dapat dijawab oleh sebab-sebab
teknikal masa dan oleh kerana keputusan dan
cadangan Tuan Yang di-Pertua, antaranya supaya mencetak soalan-soalan
yang tidak dijawab dengan jawapan-jawapannya sekali, maka saya terbaca
dan ianya diletakkan soalan yang terakhir bernombor 28 pada 3 September
itu.


Soalannya datang daripada Yang Berhormat kita daripada Kuala Nerus kepada
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan soalannya minta menyatakan
bilangan terakhir rakyat termiskin mengikut kaum dan negeri dan soalan
seterusnya setakat manakah kejayaan strategi
kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat termiskin dan apakah
strategi kerajaan untuk mencapai matlamat miskin sifar.


Jawapan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri berbunyi berikut,
"Berdasarkan pendapatan garis kemiskinan yang baru dan perangkaan
daripada penyiasatan pendapatan isi rumah terkini tahun 2004, bilangan
isi rumah termiskin adalah berjumlah 67,300 isi rumah.


Pecahannya mengikut negeri adalah seperti turutan berikut. Mengikut
negeri yang paling banyak keluarga isi rumah yang termiskin, nombor 1
yang termiskin ialah negeri Sabah dengan 32,400 isi keluarga; nombor 2,
Terengganu dengan 8,300 isi rumah yang miskin…"


Nombor 2, Terengganu, patutlah Yang Berhormat bagi Kuala Nerus ingin tahu
dan saya mengucap syabas kepadanya kerana minat untuk mengetahui,
khususnya kedudukan negeri Terengganu.


"Nombor 3, negeri Perak, 5,700 isi rumah yang miskin; nombor 4, negeri
Sarawak, 5,200 isi rumah yang miskin; nombor 5, negeri Kedah, 5,000 isi
rumah yang miskin; nombor 6 barulah dicapai oleh negeri Kelantan, kalau
Kedah 5,000, Kelantan 3,600 isi rumah miskin…"


Kemudian, "Nombor 7, Pahang; nombor 8, Johor; nombor 9, Perlis; nombor
10, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; nombor 11, Selangor, nombor 12,
Negeri Sembilan; nombor 13, Melaka; dan nombor 14, Pulau Pinang."


Jadi ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah hakikat yang amat penting untuk
seluruh kita faham dan mengetahui dan untuk pihak kerajaan terutamanya
mengambil tindakan yang besar dan yang penting untuk mengelakkan supaya
berlaku kemiskinan isi rumah, kemiskinan tegar dan sebagainya.

Ini statistik tahun 2004. Belum kita ambil kira kenaikan tol, kenaikan
minyak, inflasi yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tanjong tadi dan
banyak lagi kenaikan-kenaikan harga, keputusan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang hendak dipinda balik, dengan izin,
consumer price index supaya benar-benar memberikan gambaran kemiskinan
yang setepatnya dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, yang saya
fikir perlu kita fikir dan bincang dan tidak lagi mengambil kira negeri
tertentu sahaja ke yang dituduh miskin atau sebagainya.


Jelas di sini tidak ada kaitan dengan parti politik, tidak ada kaitan
dengan Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang. Kemiskinan ini
adalah satu perkara yang benar-benar berlaku.


Hari ini kita dimaklumkan bahawa ECER dilancarkan di Kuala Terengganu dan
petang ini di Kota Bharu.


Saya diberitahu bahawa ulasan ataupun siaran langsung ucapan Menteri
Besar ataupun yang bukan daripada pihak kerajaan, tidak disiarkan
langsung. Hanya daripada pihak Kerajaan Persekutuan sahaja. Ini saya
fikir adalah pendekatan yang tidak tepat kerana kemiskinan adalah perkara
yang perlu kita tanggapi tanpa mengira parti politik….


[Disampuk] Ya, petang ini di Kota Bharu.
Ini isi rumah mengikut etnik. Agihan isi rumah termiskin mengikut
kumpulan etnik utama pula menunjukkan kumpulan etnik bumiputera adalah
tertinggi iaitu 65,100 isi rumah atau 96.7%. Ini diikuti etnik India –
1,200 isi rumah, atau 1.8%, manakala etnik Cina seramai 700 isi rumah.


Ini sekali lagi menandakan dasar-dasar kerajaan yang kononnya hendak
membangunkan bumiputera Sabah Sarawak, Semenanjung dan sebagainya jelas
tidak berjaya kerana 97% daripada isi rumah miskin adalah di kalangan
bumiputera.


Yang mengejutkan isi rumah etnik India adalah nombor dua tingginya
padahal peratusan dalam negara kita, masyarakat kaum India adalah yang
ketiga dan sebagainya. Ini saya fikir, saya cadangkan supaya kita
fikirkan dan kita ambil sebagai perkara yang serius dan tidak boleh lagi
di partisan politic kan dengan izin, hanya untuk kepentingan pihak-pihak
yang tertentu.


Ini mesti dianggap sebagai satu masalah nasional yang mesti ditanggapi
oleh kerajaan dengan amat serius sekali dengan kerjasama semua pihak.


Perkara kedua, Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin laporkan dan minta
kerajaan memberi pendirian yang jelas ialah laporan yang kita semua
terima iaitu laporan Suhakam tentang suatu penyiasatan yang diadakan
berkaitan dengan peristiwa di KLCC pada 28 Mei 2006. Ini dilaporkan dan
dibentangkan sebagai kertas kita di Dewan yang mulia ini.


Sebagaimana kita maklum, 28 Mei 2006 adalah beberapa ratus orang penunjuk
perasaan yang memprotes tentang, khususnya kenaikan harga minyak, tol dan
sebagainya. Yang menjadi ianya bahan untuk penyiasatan oleh pihak
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia iaitu SUHAKAM, ini ialah kerana dalam
perhimpunan tersebut, polis telah masuk dan memukul penunjuk-penunjuk
perasaan, menahan dan antara penunjuk-penunjuk perasaan, ada yang
tercedera.


Yang saya ingin petik secara ringkasnya, pertama yang amat mengejutkan
saya ialah pada 26 Mei 2006 tersebut, kita membaca akhbar esoknya bahawa
antara selain daripada polis, FRU, polis pakaian biasa dan sebagainya,
lori-lori dan trak-trak, semburan air, penggunaan kayu belantan dan
sebagainya, hari itu kita dilaporkan helikopter juga ada terlibat sama.


Dalam bacaan akhbar, saya sangka helikopter ini digunakan oleh pihak
polis untuk memberikan kepada polis satu advantage dari segi mereka dapat
melihat penunjuk perasaan ini berhimpun dari sumber mana, penjuru mana,
kemudian berkeliaran lari ke penjuru mana supaya dapat
melaporkan kepada tentera dan polis di bawah itu, di mana hendak menahan
dan sebagainya.


Tetapi yang amat memeranjatkan saya, penemuan oleh suruhanjaya Suhakam
ini ialah rupanya helikopter itu digunakan untuk tujuan mengacau dengan
terbang rendah untuk mewujudkan suasana bising yang terlalu tinggi
sehingga ucapan tidak dapat didengar oleh berapa orang yang ada di situ.


Keduanya penemuan daripada Suruhanjaya ini bahawa tahap taraf ketinggian
helikopter itu adalah membahayakan polis yang menjadi juruterbang yang
ada di dalamnya, membahayakan sudah tentunya orang-orang yang berhimpun
di bawah itu.


Maka dengan sebab itu ialah findings dengan izin, daripada panel ini, on
the used of the helicopter, Tuan Yang di-Pertua menyatakan dengan izin
bahawa, the panel in the enquiring refers to the Civil Aviation
Regulations 1996 which among others regulate the manner of the low flying
, regulations 5(i)(b)provided that the helicopter shall not fly below such
height as would and able it to alike without danger, dan sebagainya.
Maknanya polis pun tidak mengikuti ciri-ciri memandu dengan selamat kapal
terbang atau helikopter ini. Inilah sebabnya kalau kapal terbang Nuri
terhempas, yang dituduhnya ialah juruterbang tidak pandai memandu dan
kesalahan juruterbang.


Di sini jelas juruterbang diarah dan diakui oleh Ketua Polis, bahawa
diarahkan untuk terbang rendah untuk menakutkan dan untuk mewujudkan
bising. Ini saya fikir perkara yang perlu dijelaskan dan perlu dielakkan
daripada berlaku seterusnya.


Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyebutkan di sini bahawa
panel ini telah menyatakan dengan jelas bahawa apa yang dilakukan pihak
polis, oleh kerajaan, oleh kementerian setakat ini adalah bercanggah
dengan ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Cameron
Highlands tadi tentang perlunya hak asasi manusia dijaga dengan baik.


Cadangan daripada suruhanjaya ini ialah pertamanya dengan izin,
decriminalizing peaceful assembly without license. Janganlah jadikan
perhimpunan aman sebagai perhimpunan yang mewajibkan permit atau lesen.
Decriminalizing maknanya jangan jadikannya suatu jenayah, secara ringkas.


Kedua, that the rights of any person engage in lawful advocacy, protests
or decent are not limited by the OCPD or any other authority dan
seterusnya bahawa tak bolehlah hak asasi yang dituntut oleh Yang
Berhormat bagi Cameron Highland hanya diputuskan oleh OCPD atau pegawai
yang ada di kampung atau pun di kawasan yang tertentu.


Ketiga, that there shall be a reasonable definition of national security.
Maknanya istilah keselamatan negara ini janganlah digunakan terlalu sangat
hinggakan berhimpun empat lima orang tidak bawa senjata pun dianggap
mengancam keselamatan negara dan sebagainya.


Seterusnya panel ini mengesyorkan antara lain human life should be
respected and preserved. Sebagaimana Yang Berhormat bagi Cameron Highland
sebut, every one is allowed to participate in peaceful assembly,
dibenarkan perhimpunan secara aman.


Ini saya nak sebut secara ringkas sebagai point yang kedua. Point yang
ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan cadangan SUHAKAM juga
iaitu hak asasi manusia dari sudut ISA.


Tuan Yang di-Pertua, beberapa minggu yang lalu seorang rakyat Malaysia
bernama Abdul Malek Husin telah dibebaskan oleh Mahkamah di atas tahanan
ISA dan telah dengan tepatnya diputuskan oleh mahkamah, membenarkan dan
bersetuju dengan tuntutan ganti rugi beliau.


Mahkamah telah membenarkan pada sidangnya bertarikh 18 Oktober 2007,
pampasan kepada Abdul Malek Hussin sejumlah RM2.5 juta kerana beliau
bukan sahaja ditahan di bawah ISA, tetapi beliau juga mendakwa dan hakim
menerima dakwaan beliau ini bahawa beliau telah diseksa, beliau telah
dipukul bukan oleh polis biasa, tetapi hingga ke pada Ketua Polis Negara
pada masa itu Tan Sri Rahim Noor antara orang yang memukul beliau pada
hari malam pertama beliau ditahan pada 25 September 1998. Hakim bersetuju
dengan apa yang didakwa oleh Abdul Malek bahawa beliau telah diancam,
dipukul, dan diseksa.


Tuan Yang di-Pertua, antara point yang penting yang telah disebutkan oleh
Datuk Hishamuddin dan ini diulas oleh Yang Berhormat dari Jerai dalam
ucapan beliau, tentang hak asasi dan keselamatan. Datuk Hishamuddin
mengatakan bahawa tidak memadai dalam pertuduhan polis untuk menahan
orang di bawah ISA hanya dengan mengatakan bahawa orang tersebut disyaki
telah melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan negara.


Mengikut hakim ini ianya tidak boleh. It is my judgment that in the life
of what I have said about this form cannot be taken as due compliance
article 5 (3). Saya tak baca semuanya.


Keduanya Hakim Datuk Hishamuddin juga mengatakan bahawa dengan izin, the
nature of the interrogations shows clearly it's political nature and that
was been done for collateral purposes i.e. intelligent gathering for
political purposes and nothing to do with genuine for national security.


Saya berharap bahawa pihak kerajaan memahami apa yang dinyatakan oleh
Hakim Datuk Hishamuddin Yunus ini dan saya menganggap bahawa kedudukan
ISA sekarang, selain daripada penghakiman Datuk Hishamuddin, laporan
daripada SUHAKAM, cadangan daripada Suruhanjaya penambahbaikan polis,
kesemuanya mendesak supaya pertamanya perhimpunan secara aman mestilah
dijadikan sesuatu yang sah, yang halal dan tidak dianggap sebagai
bercanggah dengan udang-undang.


[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Sistem Cheng) mempengerusikan
Mesyuarat]
Keduanya ialah bahawa undang-undang ISA sudah sampai masanya untuk kita
hapuskan daripada Buku Undang-undang Negara kita. Inilah
cadangan-cadangan dan perkara-perkara yang saya ingin sebutkan dan saya
ingin memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk berucap selepas
ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
—————–
Ucapan membahaskan Bajet 2008 pada 29 Oktober 2007


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: