Thursday, October 22, 2009

BELASUNGKAWA - AS SAHIBUS SAMAHAH DATO SHEIKH AZMI

B E L A S U N G K A W A
3 Mac 2008

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Dato Sheikh Azmi telah kembali ke
Rahmatullah pagi tadi. Setelah menjalani pelbagai kaedah rawatan untuk
mengubati sakit yang beliau hidapi, menampakkan kepada kita bahawa
sehingga ke saat akhir, beliau terus gigih berikhtiar meneruskan
kehidupan ini. Pemergian ini merupakan satu kehilangan kepada ummah dan
kita mendoakan agar beliau berada didalam pemeliharaan ALlah dan
ditempatkan dikalangan salafus soleh.

Pengorbanan al marhum kepada perjuangan tiada tolok bandingnya, disaat
almarhum menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah WP, demi
menyatakan perasaan tidak senangnya kepada pemerintah yang zalim, almarhum
sedia melepaskan jawatannya tanpa sebarang "backup" untuk dirinya dan
keluarga.

Sumbangan almarhum dalam membantu gerakan anti murtad akan terus dikenang
dan pastinya ditulis dengan tinta emas sepanjang perjalanan almarhum
menemui Rabbnya kelak.

Selamat jalan as sheikh, kami pasti menyusul tika tiba masa dan saatnya
nanti.

Al Fatihah.


MOHD SHAHRULAZILAN SAID
SU ADAT

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: