Thursday, October 22, 2009

Harga petrol di Malaysia

Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...(dalam masa 16 tahun - sejak
1990 )

Sebelum 90 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01 )

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02 )

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05 )

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10 )

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30 )

Perhatian : (Ayat - ayat " Standard ")

1. Kenaikkan minyak sehingga sekarang masih rendah lagi, kalau
dibandingkan dengan mana-mana satu pun negara Asia yang lain.

2. Kerajaan Malaysia memastikan kenaikkan harga petrol tidak akan
membebankan.

3. Kerajaan Malaysia tidak mampumenampung lagi subsidi harga petrol
disebabkan kenaikkan harga pasaran global. (Tetapi cuma mampu membayar
kos untuk DR. SMS melawat angkasa lepas dengan menumpang roket negara
Russia )

4. Kerajaan Malaysia memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan
dinaikkan lagi pada TAHUN 2007. (Sehingga sebelum pilihanraya yang akan
berlangsung pada tahun depan 2008)

Saudara / Saudari,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita iaitu Ibrahim bin Badawi
menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat
penerbangan MAS, menyebabkan MAS mengalami kerugian sebanyak RM900 juta
untuk sembilan bulan yang pertama pada tahun 2005.

Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30
setiap botol.

Jadi? Tidak kita hairan jugalah jika MAS menanggung kerugian sebanyak
itu...

Menteri Besar Terengganu iaitu Idris Jusoh telah mengadakan majlis
Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup, yang juga telah menelan wang rakyat
sebanyak RM300 juta.

Wang ini dibayar kepada seorang peniaga yang bernama Patrick Lim dan
kekawannya termasuk Khairy Jamaludin, iaitu menantu Perdana Menteri.
Majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup yang tidak sampai 5 hari telah
menghabiskan RM300 juta wang seluruh rakyat Malaysia, yang terutamanya
golongan berbangsa Cina yang telah banyak membayar cukai pendapatan
kepada kerajaan...

Sudah tentu wang RM300 juta itu ditelan oleh "orang bertuah" yang dapat
kontrak RM300 juta itu.

Untuk memulihkan kehilangan wang sebesar itu yang telah ditelan oleh
"orang bertuah" tersebut, sekarang subsidi petrol dipotong, dan harga
petrol dinaikkan RM0.30 per satu liter, dan dijangka akan dinaikkan
RM0.30 lagi pada tahun depan selepas akhirnya pilihanraya iaitu pada
tahun 2008.

Telekom Malaysia pula merugikan lebih RM700 juta sebab terpaksa membayar
ganti rugi kepada syarikat komunikasi German iaitu Deutsche Telekom.
Terpaksa bayar ganti rugi RM700 juta cuma sebab syarikat Telekom Malaysia
"tidak tahu" membuat kontrak untuk polisi perniagaan yang mematuhi sistem.

Disebabkan berbagai-bagai "kesilapan" yang telah dilakukan oleh
ketua-ketua yang "kurang pandai" Kerajaan Malaysia , kerajaan kita potong
lagi subsidi petrol demi memulihkan kerugian wang negara.

Sekarang, pada hakikatnya, kos sememangnya lebih murah lagi kalau naik
kapal terbang Air Asia pergi-balik di antara Kuala Lumpur dan Kuala
Terengganu. Tambang pergi-balik Air Asia di antara Kuala Lumpur dan
Kuala Terengganu tidak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Sebab syarikat Air Asia diuruskan oleh orang yang tidak rasuah dan yang
tahu berniaga tanpa menyusahkan penggunanya.

Sekarang, dengan harga petrol yang telah naik, kos untuk petrol sahaja
hendak pergi dan balik di antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mampu
mencecah RM220 (untuk kereta Proton Waja). Cagaran tol pula melebihi
RM160, tambah pula perbelanjaan makan dan minum (nasi campur dengan teh
kosong) bagi sekeluarga 6 orang, lagi RM40, ini bermaksud kos perjalanan
dengan kereta yang menggunakan petrol dan kena cagaran tol, tambah dengan
makanan untuk pergi balik di antara Kuala Lumpur dan Alor Setar
sekurang-kurangnya RM400 atau lebih.

Negara-negara lain bukan macam negara kita.

Misalnya, walaupun harga petrol di Thailand lebih tinggi daripada
Malaysia, di sana, pengguna lebuhraya mereka tidak perlu membayar cagaran
tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jaraknya melebihi 1,100 batu (bukan
kilometer) dengan lebuhraya 6-Lorong (bukan 4-Lorong macam
Lebuhraya-Utara- Selatan kita) tanpa sebarang plaza tol dibina
disepanjang atas lebuhraya mereka.

Di Thailand , tiada rasuah AP. Harga kereta import Honda Civic 1.5cc di
Thailand tidak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta
keluaran Perodua, iaitu Kelisa 1.0cc di Malaysia. Inilah kebaikannya
untuk rakyat di sana , sebab tiada rasuah AP di sana ...

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu dibayar kepada
Kerajaan (MITI) tidak sampai RM250 sahaja. Tetapi AP boleh dijual
sehingga RM40,000 sekeping kepada "Dato-Dato" yang kaya, yang dikenali
sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih daripada
30 tahun, sejak mulanya Kerajaan Malaysia mula mengimport model kenderaan
negara-negara asing untuk pasaran otomobil negara kita.

Akhir kata, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibat "tradisi
rasuah AP" ini.

"AP King" pula hidup mewah dan bergaya sedangkan ada banyak keluarga
berbagai bangsa yang hidup merana dan tidak mampu memiliki kemudahan
kenderaan sendiri sebab harga yang terlalu tinggi.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5cc yang dijual dengan harga
RM40,000 di Thailand naik sehingga RM110,000 di Malaysia . Banyak rakyat
Malaysia telah rugi besar.

Kerajaan yang telah mengalami kerugian berlebihan disebabkan pelbagai
lubang-lubang rasuah telah ditebuk dalam sistem pentadbirannya, maka
potonglah subsidi petrol dan menaikkan harga petrol RM0.30 per satu liter
untuk memulihkan keadaan.

Malaysia Boleh!!!! Memangggggg Bolehhh!!!!

Sebab Kerajaan Malaysia nak buat apa pun boleh!!!!

*Sila hantarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda, dan juga tolong
cetakkan dan kongsikan maklumat ini dalam bentuk "hard copy" sekiranya
boleh, kerana cuma 5% rakyat Malaysia yang tahu menggunakan komputer
secara bermanfaat, manakala yang 95% lagi tidak tahu, ada banyak lagi
juga yang tahu, tetapi cuma tahu menggunakan komputer untuk tujuan bahan
lucah sahaja dan tidak menghiraukan maklumat seperti ini, mereka juga
memerlukan maklumat seperti ini sebagai langkah pertama untuk mengubah
sistem negara yang telah kian lama "tercemar".

Cukuplah, selepas 50 tahun kemerdekaan negara kita, kita masih lagi
berada di dalam tangan pemimpin yang berdosa banyak membohong, asyik
mementingkan diri, dan tidak berpandangan jauh.

HAPUSKAN PENTADBIRAN ASAS RASUAH!!!

Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?

Orang lain hutang, kita sebagai rakyat pula yang kena bayar.

Yang penting sekali, bukan setakat membayar sahaja, manakala hendak
bayar sampai bila??

Adakah ini akan berhenti jika kita tidak membuat sesuatu bersama-sama?
??

On top of all that...still want to send 2 "Fan Cheong" to moon.

Untuk apa ya????

Eksperimen membancuh teh tarik secara terapung ke????

Better use all the money to spend on something else to help the poor,
improve the traffic system, subsidize the petrol price, and clear all the
debts that the government is owing to other countries... what another
stupid act by the government!! !! Please stop fooling around with our
money!!


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: