Thursday, October 22, 2009

SPR batal penggunaan dakwat pada kuku semasa pilihan raya

SPR batal penggunaan dakwat pada kuku semasa pilihan raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
04/03/2008 5:05pm


PUTRAJAYA 4 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan
penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8
Mac ini dibatalkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuat pengumuman itu pada
sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri
Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.- Utusan

Batal dakwat kuku: Bertenang dan tingkat usaha untuk menang

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12963&Itemid=28
Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 04, 08 | 7:12:42 pm MYT
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Sambil menyifatkan pengumuman Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan
raya umum 8 Mac ini bukan sesuatu yang memeranjatkan, Naib Presiden PAS,
Datuk Haji Husam Musa meminta ahli-ahli dan para penyokong parti-parti
pembangkang terus memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pilihan raya.

"Bertenang dan tingkatkan tumpuan untuk mencapai kemenangan," kata
beliau.

Ditanya mengenai tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencetak
ribuan t-shirt Bersih dan dipercayai akan digunakan untuk mencetuskan
huru-hara dalam pilihan raya ini, Husam tidak menolak kemungkinan
berlakunya tindakan itu.

Beliau meminta semua ahli dan penyokong pembangkang berhati-hati dan
jangan terpedaya dengan sebarang provokasi.

"Sebelum keputusan pilihan raya diumumkan, kita hanya mengambil
bahagian dalam pilihan raya. Itu sahaja," tegas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan
menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada
pilihan raya umum Sabtu ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengumumkan
perkara itu mendakwa, keputusan itu dibuat pada mesyuarat hari ini
berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan
keselamatan awam.

Pembatalan dakwat kuku untuk jamin mandat selesa kepada PM

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12960&Itemid=28
Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 04, 08 | 6:02:09 pm MYT
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8
Mac ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi
amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap selesa bagi
meneruskan pemerintahan beliau yang sepatutnya sepenggal sahaja, kata
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Tindakan itu, katanya, boleh dituduh mempunyai tujuan untuk
membolehkan pengundi-pengundi yang ditaja oleh Barisan Nasional (BN)
mengundi berikali-kali untuk memastikan kemenangan parti itu.

Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak semakin
yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah dikeluarkan secara
besar-besaran untuk membolehkan seseorang pengundi mengundi sehingga
berkali-kali, katanya lagi.

Malah, kata Mahfuz, pembatalan itu mengesahkan jangkaan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa pilihan raya kali ini
adalah yang paling kotor dalam sejarah.

Petang ini, dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri
oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan
Sri Musa Hassan, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid A Rahman mengumumkan
bahawa SPR memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada
pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

"Penggunaan dakwat pada kuku boleh membantu mengelakkan
pengundian berkali-kali oleh seseorang pengundi yang ditaja oleh pihak
yang mempunyai kuasa. Pembangkang tidak ada kuasa.

"Sebab itulah tindakan ini boleh dituduh mempunyai tujuan
untuk membolehkan "hantu- hantu" tajaan Perdana Menteri dan BN, yang
dibekalkan dengan kad-kad pengenalan yang dikeluarkan secara
besar-besaran, mengundi berkali-kali," katanya ketika dihubungi.

Tindakan SPR itu juga mengesahkan bahawa BN berada dalam
keadaan yang sangat terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang sudah
tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan selama empat tahun di bawah
pemerintahan Abdullah.

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana
Menteri yang mengarahkan pembatalan penggunaan dakwat kuku itu?

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana
menteri telah mengarahkan supaya disediakan kad-kad pengenalan palsu
untuk membolehkan pecacai-pecacai upahan mereka mengundi berkali-kali
demi menjamin mandat kepada kepimpinan Perdana Menteri tidak dipersoalkan
oleh ahli-ahli Umno sendiri selepas ini?" beliau mempersoalkan.

Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan
perlantikan Abdul Rashid dan ahli-ahli SPR yang lain supaya campur tangan
untuk menyelamatkan rakyat dari terus dihina dengan
pembohongan-pembohongan SPR khususnya Abdul Rashid.

"Dulu kata hendak pakai dakwat pada kuku, lepas itu kata ia
hanya pilihan dan sekarang membatalkan pula. Mula-mula kata mesti matikan
setem pada borang pencalonan dan selepas itu kata tidak perlu pula.
Suruhanjaya pembohong seperti ini memalukan Yang di-Pertuan Agong yang
memperkenankan perlantikan mereka.

"Saya menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
Melayu supaya campur tangan," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit menentang penghinaan
SPR ke atas mereka.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: