Thursday, October 22, 2009

PKPIM nafi sokong calon BN

Mar 03, 08

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) menafikan kenyataan kononnya dibuat oleh Setiausaha Agung PKPIM,
Abdul Muntaqim Zulkifli yang menyatakan sokongan terhadap calon Barisan
Nasional bagi DUN Tumpat, Kelantan, Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki.

Menurut Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli melalui satu kenyataannya hari
ini, PKPIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dan edaran yang
berupa sokongan kepada calon tersebut.


Katanya kenyataan media palsu itu diedarkan difaksakan ke jaringan dakwah
PKPIM.


Tegasnya kenyataan tersebut merupakan kenyataan palsu yang direka oleh
pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mengggunakan nama PKPIM.


Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap sesetengah pihak yang cuba
memburukkan nama PKPIM dengnan membabitkan sikap partisan PKPIM dalam
Pilihan raya umum ke-12 ini.


"Sebagai sebuah gerakan dakwah pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM
sentiasa mempertahankan prinsip non-partisan iaitu prinsip untuk tidak
menjadi proksi atau cabang kepada mana-mana parti politik.


"Kami menghormati Dr Asyraf Wajdi sebagai mantan Presiden PKPIM tahun
1999 hingga 2001. Bagaimanapun penyertaan beliau dalam kancah politik
dan menjadi calon dalam PRU kali ini adalah merupakan keputusan peribadi
beliau yang tidak ada kaitan dengan PKPIM,"katanya.


Tegas Hilmi, sebagai gerakan dakwah Islam, PKPIM harus merentasi batasan
kepartian dan perkauman yang sempit.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak yang bertanding dalam PRU-12
ini bertanding secara berhemat dan bersih demi memastikan kejayaan
diredai Allah.


Kenyataan media palsu yang cuba meniru logo PKPIM yang tidak mempunyai
nombor pendaftaran serta tidak bertarikh itu menyatakan pencalonan
Asyraf adalah wajar dan layak memimpin Parlimen Tumpat.


Selain kepala surat (letter head) yang berbeza sebagaimana yang sering
digunakan PKPIM dalam sebarang urusan rasmi, motto persatuan itu juga
di'palsukan'.


Katanya, motto PKPIM 'Hidup Biar Berjasa dan Menuju Generasi Pemersatu
Ummah' dipalsukan sebagai 'Hidup Biar Bersaja'. - mks.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: