Thursday, October 11, 2007

WPI akan ulangi sejarah hitam zaman Tunku - Salahuddin

WPI akan ulangi sejarah hitam zaman Tunku - Salahuddin
October 8, 2007

PONTIAN: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, berkata, tidak
mustahil sejarah hitam negara yang berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman,
yang bertindak menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, akan berulang
sekiranya kerajaan yang ada hari ini gagal mem¬bendung penguasaan
Singapura dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).


"Kerajaan Abdullah mungkin akan mengambil langkah yang sarna dengan
menyerahkan WPI kepada Singapura apabila kuasa politik negara tersebut
begitu kuat di wilayah ini, lalu jalan mudah yang mungkin akan diambil
Kerajaan Malaysia ialah melepaskan wilayah ini kepada Singapura,"
katanya.


"Jika ini berlaku maka satu lagi sejarah hitam akan mewarnai negara kita
apabiJa satu lagi wilayah Malaysia terlepas ke tangan kuasa asing,"
katanya semasa berceramah di Parit Ismail, dekat sini.


Katanya, keghairahan pemimpin negara ini mengejar pembangunan tanpa
memikirkan terlebih dahulu kesan negatif yang bakal berlaku akan
memungkinkan satu lagi Wilayah negara ini terlepas kepada negara negara
asing.


"Jika ini ber1aku maka jelaslah ianya adalah natijah dari kelemahan
pemimpin-pemimpin negara ini mengurus tadbir negara," tegasnya.


Justeru, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS menyeru rakyat negara
ini supaya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya "sebelum mimpi ngeri
ini berulang lagi maka rakyat perlu bertindak segera sebelum terlambat".


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: