Tuesday, October 23, 2007

Perjalanan Seorang Sahabat

Assalamu 'Alaykum,

Mesej SMS terakhir yang dikeluarkan dari Pokok Sena berbunyi: "Dimaklumkan
bahawa jenazah Shahrol selamat disemadikan di Langgar, Kedah pada jam
11.10 malam. Jenazah sampai di kampung @ Pokok Sena pada jam 8.30 malam."

Mesej ini disampaikan kepada mereka yang menanti makluman terkini mengenai
perjalanan terakhir sdr Shahrol Nizam Yusoff dari Kuala Lumpur ke Pokok
Sena.

Beliau meninggal dunia akibat "coronary heart failure" sebagaimana yang
disahkan oleh HUKM pada pagi Isnin, 22 Oktober 2007 bersamaan 10 Syawal
1428 Hijrah.

Shahrol Nizam Yusoff meninggal dunia di kediaman beliau (Unit B1-08, Kondo
Chancellor, Taman Kosas, Ampang) selepas Salat Subuh. Jenazah beliau
kemudiannya dibawa polis ke HUKM untuk dibedah-siasat.

Beliau pergi meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung dan
tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Beliau berusia 31 tahun.
Difahamkan bahawa isteri beliau dijangka melahirkan seorang anak lelaki
pada bulan November 2007. Malah menurut jiran di rumah ibu bapa beliau di
Pokok Sena, Shahrol Nizam telahpun menamakan anak lelaki beliau yang masih
belum lahir itu.

Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (1989-1993), beliau kemudiannya
menyambung pengajian di Lancaster University, England di bawah biasiswa
PETRONAS. Selepas lulus pengajian, beliau terus berkhidmat di PETRONAS di
dalam pelbagai kapasiti. Jawatan beliau yang terakhir ialah sebagai
Pengurus di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Korporat di mana beliau
diamanahkan sebagai wakil PETRONAS di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri, sejak November 2005.

Berita kematian beliau disebarkan di laman maya PETRONAS Intranet dan
beberapa blog yang diusahakan oleh sahabat-sahabat beliau ketika di MCKK.

Emel dari seorang sahabat karib beliau kepada khalayak bekas pelajar MCKK
pada pagi Isnin tersebut berbunyi seperti berikut (Blog KNizam Artwerk):

-------------------------------------------------------------------

Dear friends

Our beloved friend, Sdr Shahrol Nizam Yusoff (Class of 93) has passed away
this morning at 6 at him home in Ampang. I am still in Vietnam and have
been calling but his neighbour confirmed the news, the jenazah will be
taken to Pokok Sena this afternoon.

Maybe those who want the information can try to contact Dr Azlan Majid
(Class of 94) or Syahril Nizam Jumaili (Class of 93) - you would have
their no's, to find out the arrangement.

Allahyarham is the closest I have to a brother in koleq and the last time
I met him was one week before Raya, when we and a few close friends from
koleq had a potluck bukak puasa at my place. His family is still young
with 3 kids - most of us are still trying to make sense of this.

I should be back by this petang so I should get more details - please feel
free to call by then.

Al-fatihah.

-----------------------------------------------------------------------

Beliau memang seorang yang bercita-cita tinggi. Selain pembabitan beliau
yang serius di dalam usaha pembinaan peribadi dan kepimpinan generasi
muda (leadership training), beliau mengambil perhatian serius terhadap
pergolakan politik tanahair dan negeri Kedah.

Malah di dalam kesempitan waktu yang ada, beliau masih meluangkan masa
membantu guru-guru di sekolah di mana isterinya mengajar. Di atas
sumbangan beliau itulah, maka sekumpulan tiga orang guru-guru dari
sekolah tersebut mengiringi jenazah beliau dalam perjalanan sejauh lebih
500 kilometer ke pusara beliau di Kampung Terong Asam, Mukim Langgar,
Kedah.

Sebagaimana beliau begitu rela membantu orang lain di dalam kesempitan,
begitulah sahabat-sahabat beliau mengembalikan bantuan dan kasih sayang
tersebut di dalam urusan penyempurnaan jenazah beliau di Surau
al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak sebelum bertolak ke Pokok
Sena pada jam 2 petang.

Kita mungkin kehilangan seorang sahabat yang setia dan sedia menolong,
seorang pekerja yang berdedikasi dan komited, tetapi keluarganya
kehilangan seorang anak yang baik dan taat, seorang suami yang penyayang
dan seorang ayah yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat
anak-anaknya ~ sama ada yang sedang membesar mahupun yang bakal lahir.

"Semoga ALlah SWT mengampunkan segala dosa-dosa dan menempatkan
ALlahyarham ke dalam golongan orang-orang yang saleh."
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: