Thursday, October 11, 2007

Umno Lembah Pantai ugut tarik lembu jika undang Anwar Ibrahim

-----
Umno Lembah Pantai ugut tarik lembu jika undang Anwar Ibrahim
Oct 08, 07

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh)-Biarpun Ramadan disifatkan sebagai bulan suci
terutama masa terbaik untuk umat Islam berlumba-lumba 'menanam saham
akhirat' serta melipat gandakan amal ibadat dan sedekah jariah namun Umno
terus dengan tradisi dangkal dan angkuhnya menggugut rakyat daripada
mendapat ilmu dan maklumat yang sebenar.

Terkini, Umno Lembah Pantai telah menggugut surau tertentu untuk 'menarik'
kembali lembu sempena Aidilfitri ke tempat lain jika mengundang Penasihat
Keadilan Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah.


"Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mempamerkan dirinya sebagai tokoh wanita
liberal dan demokratik mengugut jawatankuasa surau menarik balik undangan
kepada saya menyampaikan tazkirah," kata Anwar dalam blognya.


"Gerombolan Umno pun menyusul dan memberikan kata dua, lembu sempena
Aidilfitri akan diheret ke tempat lain seandainya tazkirah diteruskan.
Alhamdulillah jawatankuasa surau dan penduduk memilih tazkirah," katanya


Beliau mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa surau berkenaan dan
menganggap tindakan ugutan tersebut kerana Umno semakin gementar dengan
kepincangan negara dan pemimpin yang semakin terbongkar dan didedahkan
kepada pengetahuan umum.


Secara berseloroh sinis Anwar berkata:"Apa kata jika saya ke 10 surau
lainnya? Berkeliaranlah lembu di pekan Bangsar tanpa disembelih!"


"Gementar mereka, bersungguh-sungguh mempertahankan Lingam, tauke judi dan
sekutu. Biar saja masyarakat Melayu bingung dan jangan terdedah dengan
maklumat rasuah menteri dan hakim," katanya.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: