Saturday, October 06, 2007

KENYATAAN MEDIA ABIM (KES ALLAHYARHAM NURIN): 2 OKTOBER 2007

KENYATAAN MEDIA
2 Oktober 2007

PENAFIAN GAMBAR SETIAUSAHA EKSEKUTIF ABIM SEBAGAI SALAH SEORANG SUSPEK
KES ALLAHYARHAM NURIN


Peristiwa yang menimpa adik Allahyarham Nurin baru-baru ini memang
menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia. Justeru itu menjadi harapan
kepada semua pihak agar pihak yang terbabit dengan pembunuhan kes
tersebut dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin. Walaubagaimanapun
keghairahan pihak media mendapatkan berita terhadap kes ini perlu
beretika agar tidak menjejaskan perasaan keluarga Allahyarham Nurin serta
mereka yang tidak bersalah.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan beberapa akhbar
dan media tempatan yang telah melakukan kesilapan dengan menerbitkan foto
Setiausaha Eksekutif ABIM Pusat iaitu Sdr. Azwiralbukhari Ab Aziz, dengan
berita berhubung kes kematian Nurin, semalam.

Beliau yang ketika di tempat kejadian sedang menziarahi dan membantu
keluarga salah seorang pemuda yang dibebaskan oleh polis. Memandangkan
kes ini adalah kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian seluruh rakyat
Malaysia maka penyiaran gambar tersebut sebagai salah seorang suspek telah
menjatuhkan reputasi beliau sebagai aktivis belia dan masyarakat
lebih-lebih beliau berkhidmat di bawah organisasi seperti ABIM.

Oleh yang demikian pihak ABIM meminta pihak media yang terlibat
membuat pengumuman ralat di dalam penerbitan akhbar dengan serta merta
pada tarikh 3 haribulan Oktober 2007 berkenaan dengan kesilapan tersebut
di atas. Seterusnya pihak media diminta agar tidak akan mengulangi
kesilapan membabitkan beliau atau mana-mana orang awam yang tidak
bersalah samada di dalam bentuk akhbar atau dalam bentuk yang lain pada
masa-masa akan datang.

Kami juga meminta pihak media agar mengambilkira dengan serius teguran
Ketua Polis Negara agar media berhati-hati dalam membuat liputan dan
semua maklumat berhubung kes ini perlu mendapat pengesahan daripada pihak
polis.

Tidak dapat dinafikan peranan media ini amat penting khususnya dalam kes
ini kerana masyarakat inginkan perkara yang sebenarnya berlaku. Namun
media perlu bertanggungjawab dan teliti dalam mendapatkan kesahihan
sumber maklumat tersebut.


KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
Setiausaha Agung


-----------------------------------------------------------------


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/10/3/nation/19062932&sec=nation


Wednesday October 3, 2007

Cops lodge reports against papers

PETALING JAYA: Police reports have been lodged against several
newspapers for jeopardising police investigations in the Nurin Jazlin
Jazimin murder case. It is learnt the investigating officer of the
case who lodged the report had also alleged that the newspapers had
published unconfirmed and unsubstantiated news articles in their
newspapers. Selangor CID chief Senior Asst Comm (II) Mazlan Mansor
said senior investigating officer Asst Supt Loh Pei Pei lodged the report
yesterday. “We will record the statement of the reporters who
wrote such unconfirmed and unsubstantiated articles that jeopardised our
investigations,” SAC Mazlan said. “Our officers have identified
the newspapers as well as the reporters concerned and will be contacting
them soon.” SAC Mazlan said the newspapers had published articles
that were not consistent with police investigations and had quoted
unauthorised sources. He said such irresponsible reporting made it
difficult for police to investigate. Meanwhile, commenting on the
police report lodged against several newspapers, Inspector General of
Police Tan Sri Musa Hassan said the media should refrain from speculation
and from quoting unsubstantiated sources.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Azwirabulkhairi tidak ditahan KUALA LUMPUR 2 Okt. â€" “Saya terkejut
apabila melihat gambar saya disiarkan dalam surat khabar hari ini. Pada
hal saya cuma ke sana (Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya) untuk membantu
kawan saya yang baru dibebaskan daripada tahanan reman polis,” kata
Azwirabulkhairi Abdul Aziz, 27.

Beliau yang merupakan Setiausaha Eksekutif Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan media yang memaparkan
wajahnya tanpa pengesahan terlebih dulu.
“Sejak pukul 8 pagi ini, saya terima hampir ratusan panggilan telefon
yang bertanya mengenai hal ini.

“Kebanyakannya daripada mereka adalah sanak saudara dan rakan-rakan
saya,” katanya ketika ditemui di Pusat Belia Antarabangsa Cheras di
sini, hari ini.
Azwirabulkhairi bukan salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan
polis minggu lalu untuk membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin
Jazimin.

Sebaliknya, beliau berada di IPD Petaling Jaya semalam untuk memberi
sokongan moral kepada salah seorang lelaki yang dibebaskan yang merupakan
sahabatnya.

Polis membebaskan rakannya itu bersama tiga lagi lelaki lain selepas
mendapati mereka tidak terlibat dengan kes kehilangan dan pembunuhan
Nurin Jazlin.
Bagaimanapun, jurugambar yang bertugas di IPD Petaling Jaya terkeliru
dan merakamkan gambar Azwirabulkhairi.

Hari ini semua akhbar tempatan termasuk Utusan Malaysia menyiarkan
gambar Azwirabulkhairi (yang ketika itu memakai baju kemeja putih
berkotak) sebagai salah seorang lelaki yang dibebaskan daripada tahanan
reman bagi membantu siasatan kes Nurin Jazlin.

Menceritakan perasaannya, Azwirabulkhairi yang merupakan lulusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, panggilan pertama
diterimanya daripada seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang
terkejut dengan paparan gambar beliau dalam surat khabar yang
mengaitkannya dengan lelaki-lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan
kes Nurin Jazlin.

“Bukan saya nak kata, saya memang malu... bukan saya seorang saja,
malah keluarga saya serta keluarga mertua saya terpaksa menanggung malu
ekoran paparan gambar saya.
“Isteri saya bekerja dengan sebuah kementerian, malulah dia... kita
tak tahu persepsi orang macam mana,” katanya yang aktif memberi ceramah
dan motivasi di universiti dan kolej tempatan.

Azwirabulkhairi meminta kerjasama semua media supaya lebih berhati-hati
dan tidak hanya memikirkan nilai komersial semata-mata dalam penyiaran
berita.

Katanya: “Biarlah mahkamah memutuskan sama ada seseorang itu bersalah
atau sebaliknya, janganlah media mengambil alih tugas mahkamah.”
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes
pembunuhan Nurin Jazlin supaya menghubungi polis bagi menyelesaikan kes
pembunuhan itu.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: