Saturday, October 06, 2007

PM dan isteri gembira sambut raya semasa anak isteri tahanan ISA menderita

PM dan isteri gembira sambut raya semasa anak isteri tahanan ISA menderita

Oct 05, 07

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - "Pak Lah dan isteri beraya... tahanan ISA
dan keluarga terus derita.. Bebaskan mereka ,kembalikan kepangkuan
keluarga," demikian antara sepanduk yang direntang dalam demonstrasi
membantah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhampiran Masjik Jamek,
tengah hari tadi.

Demontrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang disertai beberapa badan
bukan kerajaan (NGO) termasuk Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh,
serta beberapa pimpinan Barisan Alternatif (BA) seperti Ketua Dewan
Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh, Ketua Penerangan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,
Kamaruzaman Mohamad, Bekas tahanan ISA, Shaari Sungip sertaisteri-isteri
tahanan ISA.


Demontrasi yang berlangsung secara aman turut menarik perhatian orang
ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.


Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, tindakan mengadakan demontrasi itu
bagi menunjukkan bantah berterusan daripada mereka bahawa akta tersebut
menzalimi ramai orang.


Beliau yang bercakap kepada media di tempat tersebut berkata, sehingga
sekarang ada yang merengkok di situ enam tahun lalu.


"Sekarang ini lebih kurang tujuh hari lagi akan menjelang 1 Syawal, maka
kita membuat keputusan untuk memberitahu rakyat bahawa akta ISA tidak
bolehlagi diteruskan dan semua tahanan perlu dibebaskan," katanya.


Tambahan pula katanya, dalam dalam bulan Ramadan ini semua orang bersama
keluarga tetapi tahanan ISA yang beragama Islam menghabiskan bulan mulia
ini bersendirian.


Katanya, kebanyakan tahanan menyambut Ramadan dan Syawal kali ke enam
tanpa diketahui kesalahan dan buktinya.


Beliau berkata, bayangkan selama enam tahun itu keluarga tahanan hilang
penyara nafkah dan tanpa bantuan kebajikan yang jelas.


"Kekejaman dan kezaliman ini akan berterusan berlaku selagi mana ISA
wujud," katanya.


Sekarang ini katanya, terdapat lebih kurang 90 tahanan dan hampir
tahanan dilebelkan sebagai Jemaah Islamiyah (JI).


Nasib tahanan ISA dan keluarganya katanya, terumbang-ambing dan tidak
mendapat perhatian atau keehsanan lebih-lebih lagi daripada kerajaan.


Malah dakwanya, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
bersikap hipokrit apabila beliau menyarakan Kem Guantonamo ditutup.


Bagaimanapun dakwanya di Malaysia beliau yang bertanggungjawab merestui
pencabulan hak asasi rakyat Malaysia di Kemta dan menahan beratus-ratus
orang tanpa bicara.


Sehubungan itu katanya, sempena Ramadan dan Syawal nanti, GMI menyeru
kerajaan supaya membebaskan semua tahanan ISA tanpa pengecualian atau
dakwa mereka di mahkamah.


Kerajaan juga katanya, perlu menerima syor Suhakam supaya akta ISA
dimansuhkan. - mr

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: