Tuesday, October 23, 2007

Daily Mirror bayar pampasan RM0.5 juta kepada Presiden PAS

Daily Mirror bayar pampasan RM0.5 juta kepada Presiden AS
Harakahdaily Oct 22, 07

LONDON, 22 Oktober (Hrkh) - Akhbar ternama Britain, Daily Mirror telah
bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang di hadapan Hakim Eady, Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of
Justice, dekat sini ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah
yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda.

Ustaz Hadi diwakili oleh Adam Tudor dari firma Carter Ruck di London.
Firma Carter Ruck adalah firma yang paling terulung di dalam
mengendalikan kes-kes fitnah.


Ustaz Hadi yang turut berada di Mahkamah Tinggi ketika mana ucapan minta
maaf tersebut dibuat ditemani oleh Mohamed Hanipa Maidin, Pengerusi
Lajnah Guaman dan Undang-Undang PAS Pusat dan Dr Dzulkifli Ahmad,
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.


Pada 1 May 2007 yang lalu akhbar the Daily Mirror telah menerbitkan
gambar Ustaz Hadi sebagai sebahagian daripada siri artikel mereka
berkaitan rancangan untuk melancarkan serangan pengganas di United
Kingdom termasuk untuk mengebom Pusat membeli belah Bluewater di Kent.


Gambar Ustaz Hadi muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul
Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda
dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.


Hasil daripada penerbitan berita fitnah tersebut Ustaz Hadi melalui
Lajnah Guaman dan Undangâ€"Undang PAS Pusat telah mendapatkan khidmat
guaman melalui firma guaman Carter Ruck di London.


Hasil daripada tuntutan yang dibuat oleh peguam Ustaz Hadi, akhbar Daily
Mirror telah bersetuju untuk meminta maaf dan menerbitkannya di akhbar
tersebut.


Daily Mirror juga bersetuju membayar pampasan berjumlah RM500,000 kepada
Ustaz Abdul Hadi dan membayar semua kos guaman.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: