Saturday, October 06, 2007

Penternak babi bermain wayang, penduduk demonstrasi lagi!

Penternak babi bermain wayang, penduduk demonstrasi lagi!

Oct 02, 07

Masjid Tanah, 2 Okt (Hrkh) - Lebih 1,000 penduduk sekitar Kuala Sungai
Baru mengadakan demonstrasi membantah kelewatan operasi pemindahan babi
dari kawasan tersebut seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri
walaupun telah dilanjutkan tarikh akhirnya beberapa kali.

Penduduk yang tidak puashati dengan sikap 'main tarik tali' oleh
penternak-penternak babi di Paya Mengkuang mendakwa bahawa babi itu
dipindahkan dari satu ladang ke satu ladang bagi mengaburi pihak
berkuasa.


Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah, Rozambri
Rokambol, bahawa memang ada usaha di kalangan mereka untuk memindahkan
babi, namun masih belum memuaskan hati penduduk kerana banyak lagi
ternakan babi itu yang masih belum dipindahkan.


"Kita lihat mereka memindahkan daripada Kandang Man Lok, ke Kandang Paya
Mengkuang, kemudian di Kandang Paya Mengkuang, mereka pindah ke Kandang
Bukit Tinggi, seterusnya dari Bukit Tinggi ke Londang.


"Pemantauan terus dibuat dari masa ke semasa dan kita tahu pengeluaran
babi sama ada dibuat ataupun tidak, kita berjaya mengenal-pasti termasuk
nombor pendaftaran kenderaan mereka yang keluar masuk," kata Rozambri.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Kampung Ujong Padang, Omar Md Nor, beliau mengharapkan kerajaan negeri
bertegas dan tarikh 4 Oktober ini merupakan tarikh akhir menyelesaikan
masalah babi di DUN Tanjung Bidara dan Kuala Linggi.


"Penduduk rasa kecewa dengan 'permainan' penternak babi yang begitu
licik dan berjanji hendak mengeluarkan babi mereka, tetapi mereka telah
membuat tindakan dengan hanya memindah buat sementara sahaja bagi
mengaburi mata penduduk dan kerajaan negeri."


"Tetapi mereka perlu ingat, tindakan mereka boleh dihidu dan diketahui
oleh kami dan kita menegaskan kepada penternak-penternak agar mematuhi
segala tempoh dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri
sepertimana yang telah dipersetujui."


"Siapa yang tidak geram, memang hal ini sangat mendukacitakan kerana
pencemaran berlaku, terutama pencemaran air melibatkan laut yang sebelum
ini dikenali sebagai kawasan tarikan pelancong tetapi kini sudah kurang
dikunjungi," jelasnya.


Selain itu, masalah di darat juga berlaku apabila mengadakan kenduri
ataupun saudara mara yang pulang ke kampung, bau babi ini bertambah kuat
sehinggakan orang 'mengecopkan' ini kawasan babi, kata Omar yang
benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku bagi kedua-dua DUN ini."


Penduduk begitu marah dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil
tindakan tegas berikutan keengganan penternak-penternak babi itu
mengeluarkan ternakan hawain mereka dari kawasan yang
'disenarai-hitamkan'.


Walaupun tindakan mengeluaran babi itu dibuat setiap hari, namun
kesannya masih belum boleh membuatkan penduduk yang bertarung dengan
masalah itu menarik 'nafas lega'.


Abu Seman sebelum ini mengatakan, bahawa sejak operasi pemindahan babi
dilakukan di empat kawasan ternakan di Paya Mengkuang, Man Lok dan Bukit
Beruang, keadaan bau busuk semakin teruk kerana penternak bermain wayang
dengan membawanya dalam lori dan berpusing-pusing di kawasan sekitarnya.
- mks.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: