Monday, October 01, 2007

Rusuhan Penyokong BA adalah Provokasi SB Kata Ketua Polis Terengganu?

Rusuhan Penyokong BA adalah Provokasi SB Kata Ketua Polis Terengganu

Isu keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu kini sedang dimanipulasi oleh media arus perdana yang
menyifatkan kejadian itu sebagai rusuhan penyokong Barisan Alternatif
(BA).


Menurut Berita Harian, kejadian yang berlaku di Batu Buruk sebenarnya
telah ditimbulkan oleh anggota Cawangan Khas (SB) yang kononnya ingin
menghadiri Ceramah yang dianjurkan oleh BA. Ini adalah politik kotor
mereka bagi memomokkan imej buruk BA. Umpan ini mengena dengan
beberapa respon kecil yang diberikan oleh segelintir penyokong yang
dihalang menyertai Ceramah dan Perhimpunan Aman anjuran BA itu.


Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang ditemui oleh akhbar Berita
Harian, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis
menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn
dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya
dengan kayu.


"Ketika hendak beredar, seorang lagi lelaki memegang bahunya dan
memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan
terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa
terjatuh."


"Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga
terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan
melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu
menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke
arah pasukan FRU di kawasan berhampiran," katanya pada sidang media
khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam. (Berita
Harian, 10 September 2007)


Isu rusuhan ini adalah strategi BN untuk memancing undi rakyat dan
menolak BA. Hakikatnya, kita harus terus menerus mengingatkan rakyat
tentang kezaliman BN, khususnya dalam Pilihanraya di Ketari, Machap
dan Ijok.


Paparan ini harus disajikan pada rakyat untuk melihat siapakah samseng
sebenar.


2 Orang mangsa kezaliman Polis iaitu Encik Swandi bin Abd Ghani, 37
tahun telah menggalami kecederaan parah dan telah dipindahkan daripada
Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru,
beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik
Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan
masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.


Kedua-dua mereka cedera akibat tembakkan peluru hidup oleh seorang
konstabel Polis. Diharapkan agar pihak Polis dapat memberikan siasatan
yang adil dan jawapan tulus terhadap insiden seorang anggota Polis
yang dibenarkan mengunakan peluru hidup bagi menghadapi perhimpunan
rakyat yang tidak bersenjata.


Tanpa kita sedari, isu ini sebenarnya adalah perangkap politik Barisan
Nasional (BN) yang mahu memperlihatkan 'keganasan penyokong BA' dan
melupakan isu Rasuah serta Pembaziran di kebanyakkan Kementerian
seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara Jumaat lalu.


Dalam kita melayan kemarahan ekoran kezaliman Polis ini, kita juga
harus memberikan desakan yang hebat kepada pihak Kerajaan, khususnya
Polis dan Badan Pencegah Rasuah bagi mendakwa mereka-mereka yang
terlibat dalam pembaziran dana awam di peringkat Kementerian yang
dilaporkan melebihi puluhan juta.


Kita mahu laporan dan tindakan segera dari BPR bagi memastikan perkara
sedemikian rupa tidak berlaku dalam episod Kewangan Negara Tahun 2007.
Implikasi massa terhadap perkara ini begitu besar hingga menyebabkan
rakyat turut sama merasainya melalui kenaikkan harga barang ekoran
tindakan Kerajaan menaikkan harga bahan api tahun lalu.


Kita tidak mahu pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang memiliki
pendapatan 5 angka terus berkuasa dan mencuri dana negara dengan
pelbagai helah. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan sukan serta di
Kementerian lain yang terlibat harus disoal siasat dan dipecat segera.
Kita mahukan seorang penjawat awam yang jujur dan tidak korup seperti
mereka untuk menguruskan dana negara sekaligus membantu memacu
intergriti perkhidmatan awam negara ini.


Ingatlah, kita tidak boleh membiarkan perkara ini dipandang sepi
hingga menyebabkan kerugian yang lebih banyak dipihak kita.


Apa yang penting adalah desakkan agar pihak Polis menyiasat kedua-dua
perkara ini dan memberikan jawapan segera pada rakyat.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: