Saturday, June 25, 2005

[Malaysia] Pelihara Anjing Bukan Budaya Cina

Pelihara anjing bukan budaya orang Cina, kata AJK bantahan
Jun 24, 05 Malaysiakini

Jawatankuasa Sementara Gerakan Membantah Gangguan Anjing Jiran Semenanjung Malaysia menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya memelihara anjing satu budaya masyarakat Cina.

"Kalau ia budaya Cina, kenapa kerajaan Republik China sendiri mengharamkan pemeliharaan anjing di kawasan bandaraya Beijing, manakala anjing yang hendak dipelihara di Shanghai diwajibkan melalui proses pembedahan kotak suara," kata pengerusi jawatankuasa itu yang hanya mahu dikenali sebagai Low kepada Bernama.

Malah, menurut beliau, di Singapura mereka yang memelihara anjing dan tidak menjaganya dengan baik sehingga menganggu ketenteraman jiran boleh dikenakan denda sebanyak SD2,500.

Menurut Low, memelihara anjing tidak lebih daripada pilihan individu, maka atas sebab itulah anjing turut dipelihara sejak zaman berzaman di kalangan orang barat dan Eropah.

Sehubungan itu, beliau mengulangi desakan agar semua kerajaan tempatan di negara ini melaksanakan dengan tegas Akta Pemeliharaan Anjing untuk mengelakkan anjing menjadi haiwan pengganggu atau pengancam kepada manusia serta membantut usaha meningkatkan integrasi, perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Low menganggap anjing sebagai pengganggu kerana salakannya yang tidak mengira masa, lebih-lebih lagi pada musim mengawan, boleh mengganggu ketenangan jiran khususnya anak mereka yang sedang menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan atau menyiapkan kerja harian sekolah.

Daripada segi ancaman pula, katanya, anjing bukan saja sering kali menyerang, mencedera dan kadang kala menyebabkan kematian manusia, tetapi turut menyebar kuman pembawa penyakit yang sangat berbahaya, menerusi sejenis virus yang amat sukar dihapus.

Kutu bawa virus

Dalam konteks itu, Low mengangkat tabik kepada Nabi Muhammad S.A.W yang telah mengharamkan umat Islam menyentuh atau memelihara anjing tanpa sebab yang munasabah, atas alasan ia punca sejenis penyakit kerana terdapat kutu yang membawa sejenis virus yang amat berbahaya pada tubuh haiwan itu.

Kebimbangan Nabi Muhammad itu terbukti dengan beberapa kes yang pernah berlaku termasuk yang terbaru di Xinjiang, China di mana dua beradik berumur 12 dan 18 tahun yang memelihara anjing sejak kecil menderita sakit tulang belakang dan kini lumpuh.

"Apabila dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan, doktor telah mengesan sejenis cacing (Dipylidium Caninum) yang virusnya disebar oleh kutu anjing, pada bahagian tulang belakang mereka," katanya.

Selain itu, di Canton, beberapa bayi mendapat penyakit sawan gila babi kerana terdedah kepada bunyi salakan anjing yang berterusan semasa masih berada dalam kandungan.

"Sebenarnya Nabi Muhammad lebih pintar daripada sesetengah saintis moden termasuk Einstein kerana telah hampir 1,500 tahun mengetahui tentang bahana yang boleh tercetus daripada pemeliharaan anjing," katanya. Sehubungan itu beliau menggesa pemeliharaan semua baka anjing di negara ini didaftar dan dikawal melalui peruntukan akta berkenaan, dan anjing yang tidak dikawal mestilah ditangkap atau dihapuskan, manakala pemiliknya dikenakan hukuman.

Katanya, kerajaan tempatan lain patut mencontohi Majlis Perbandaran Shah Alam yang mewajibkan sesiapa yang ingin memelihara anjing terlebih dahulu mendapat persetujuan jiran, terutama yang tinggal di hadapan, belakang, kiri dan kanan kediaman masing-masing sebelum diberikan permit pemeliharaan.

Tempatkan dalam rumah

Menurut Low, peraturan pemeliharaan anjing bukanlah satu perkara baru kerana di negara lain juga sudah mempunyai peraturan yang ketat berhubung dengannya.

Low berkata gerakannya bukan menghalang masyarakat daripada memelihara anjing tetapi pemeliharanya mestilah menghormati perasaan dan sensitiviti jiran. Menurutnya, bayaran untuk permit memelihara anjing juga mestilah dinaikkan bagi memastikan tuan punya mampu menyelenggara anjing berkenaan serta lebih bertanggungjawab.

Selain itu, anjing perlu ditempatkan dalam rumah anjing yang kebal bunyi dan tidak boleh dibiarkan merayau keluar dari kawasan rumah, dipasang dengan simpai mulut dan jangan dibiarkan membuang najis di tempat awam.

"Kenapa kita perlu bermusuh dengan jiran hanya kerana mahu memelihara anjing dan kenapa mesti kita mengutamakan hak binatang dan memandang ringan hak manusia," katanya. Low mendakwa kempen yang dijalankan oleh jawatankuasa berkenaan telah menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati sehingga beliau sendiri pernah menerima ancaman bunuh daripada beberapa individu yang tidak dikenali.

Beliau gembira kerana kempen di kalangan pemelihara anjing yang dijalankan itu telah memberi kesan yang positif. Misalnya, kini terdapat hanya kira-kira 50 ekor anjing peliharaan di kawasan Selayang Baru, dekat sini, yang mempunyai kira-kira 50,000 kediaman, termasuk kira-kira 4,000 yang didiami masyarakat Cina.

1 comment:

sexy school girl stories said...

Asmile came across Bobs face as those words came out of my mouth. The World News Weekly GOD SENDS ANGEL TO SAVE QUICK MART Youll always be my little angel.
free sexual spanking stories
lesbian sex stories pool
stories of human and animal sex
young perteen sex stories
alt sex stories post
Asmile came across Bobs face as those words came out of my mouth. The World News Weekly GOD SENDS ANGEL TO SAVE QUICK MART Youll always be my little angel.