Monday, June 20, 2005

[Malaysia] Majlis Daerah Kuala Kangsar Belanja RM 52 juta Untuk Lanskap?

RAFIDAH PULA MENGADU URUSAN BAWAH HIDUNGNYA
ROSLAN SMS

Akhbar NST hari ini (17-6-2005) melaporkan betapa Menteri Perindustrian Antarabangsa yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar melenting apabila mendapat tahu bahawa Majlis Daerah Kuala Kangsar bercadang berbelanja RM51.5 juta untuk kerja-kerja lanskap dan hanya RM1.5 juta untuk pembasmian kemiskinan. Kata Rafidah bajet majlis daerah itu sungguh tunggang-langgang dan perlu disemak semula.

Menurut laporan MDKK akan berbelanja RM11.2 juta untuk kerja-kerja lanskap dipersisiran Sungai Sayong, RM8 juta untuk pembinaan taman, RM3.6 juta untuk menaik taraf kawasan perumahan dan RM1.8 juta untuk menghijaukan jalan-jalan.

Kononnya Rafidah akan membangkitkan hal bajet tunggang-langgang ini dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Soalnya kenapa Rafidah pertikaikan apa yang berlaku dalam dapurnya sendiri? Bukankah beliau ahli parlimen Kuala Kangsar? Tidakkah beliau dimaklumkan atau meminta dimaklumkan dari masa kesemasa darihal perkembangan di kawasan parlimen beliau sendiri? Mengapa Rafidah atau kalau terlalu sibuk, sekurang-kurangnya wakilnya tidak duduk dalam Majlis Tindakan Daerah? Atau barangkali memang ada duduk tapi tidak beri perhatian?

Kes ini sama sahaja dengan kes Menteri Pelajaran yang merungut akan kekeurangan kemudahan di sekolah-sekolah terutama bekalan asas umpama air dan letrik, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang merungut tentang ketidakberkesanan kempen anti dadah.

Apa lagi yang nak rakyat harapkan jika mereka yang diberi amanah pun mempertikaikan urusan dalam pertanggungjawaban mereka! Kalau inilah jenis kualiti kerja menteri-menteri kabinet dan ahli parlimen BN, maka rakyat perlu menyemak semula sokongan mereka sebelum ianya berlarutan dan membawa padah kepada negara.

blog roslan sms http://n32.blogspot.com/

No comments: