Monday, June 13, 2005

[Leluhur] Imam Nawawi

IMAM NAWAWI

Beliau dikenali dengan nama As-Syeikh Al-Imam Al-Alamah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syarif bin Muri bin Hassan bin Hussin bin Hazam bin Muhammad bin Jamaah An Nawawi As Syafie.

Beliau merupakan syeikul Islam dan ulama' yang masyhur di zamannya. Di antara kitab karangannya yang masyhur adalah riadatul solehin, at tibyan, syarah muslim dan lain-lain. Beliau mengarang 18 kitab yang masyhur dan 5 buah kitab yang belum diselesaikan.

Imam Nawawi dilahirkan pada 11 muharam 631 H di Nawawi salah sebuah kampung di negeri Syam yang berhampiran dengan Bandar Damsyik. Beliau berpindah ke kota Damsyik pada tahun 649H dan mengajar di Darul Hadith Al-Asrofiah pada tahun 665H. beliau telah menunaikan fardhu Haji sebanyak 2 kali.

Pada akhir usianya beliau kembali ke kampung asalnya dan sempat menziarahi Baitul Muqaddis dan Khalil di Palestin. Sekembalinya dari menziarahi tempat-tempat tersebut beliau jatuh sakit dan meninggal dunia disisi ibubapanya pada hari Rabu, bulan Rajab 676H, dikebumikan di kampung Nawawi ketika berusia 45 tahun.

Beliau dibesarkan di kampungnya dan dipelihara oleh ibubapanya di kampung Nawawi. Belia belajar al-Quran, feqah, dan bermacam-macam ilmu termasuklah ilmu hadith. Beliau mengajar di Darul Hadith Al-Asrofiah di Damsyik tanpa gaji sehingga ke akhir hayatnya.

Imam Nawawi suka memakai baju 'Saub' yang dibuat dari kain kapas dengan berseban dan berjanggut.

Beliau boleh membaca kitab 'at-Tanbiah' dengan mengambil masa empat setengah bulan sahaja dan boleh menghafaz 'al-Mahzab'dalam masa tujuh setengah bulan. Semasa belajar beliau boleh menghabiskan masa 24jam dengan mengikuti 12 matapelajaran daripada beberapa guru dalam berbagai ilmu.

Sebahagian besar daripada masanya dihabiskan untuk beramal. Terkenal sebagai seorang yang zuhud dan sabar. Beliau hanya makan dan minum sekali sehari dan sentiasa mengawasi makanannya daripada barang-barang syubahat. Beliau tidak berkahwin sehingga akhir hayat. Sentiasa berjaga malam untuk beribadat dan menjalankan amar makruf dan mencegah
kemungkaran sehingga ditujukan kepada raja-raja dan pembesar Negara. Imam Nawawi sentiasa bersikap tenang dan mendalami sesuatu masalah serta membuat kajian rapi. Sentiasa mengikut Jamaah Salaf dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mengikut cerita ayahnya, ketika berusia 7 tahun imam Nawawi tidur disisi ayahnya pada 27 ramadhan. Beliau terjaga pada pertengahan malam dan berkata, "wahai ayah! Apakah ruangan cahaya yang menerangi ruang rumah ini". Ayahnya bangun tetapi tiadak melihat suatu apapun. Itulah malam lailatul Qadar.

Semasa kecil, beliau tidak disukai kanak-kanak yang sebaya dengannya. Beliau hanya membaca al-Quran sepanjang hari, setelah beliau khatam al-Quran, pada suatu hari terjadilah satu peristiwa yang luarbiasa iaitu jari-jari tangannya kelihatan bercahaya di dalam gelap ketika hendak memasang pelita.

No comments: