Thursday, March 18, 2010

Skandal tanah P. Pinang didedah

Malaysiakini
Skandal tanah P. Pinang didedah
Apr 15, 08 5:36pm

Butiran penyelewengan tanah yang menyebabkan Pulau Pinang kerugian
berjuta-juta ringgit akan didedahkan esok, kata ketua menteri Lim Guan
Eng hari ini.

Menjawab cabaran bekas timbalan ketua menteri Datuk Abdul Rashid Abdullah,
lapor laman web The Star Online, Lim berkata ahli exco kerajaan negeri
akan bermesyuarat esok sebelum memutuskan untuk membuat pendedahan itu.

Abdul Rashid - yang juga mantan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama,
Tanah dan Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi - mencabar Lim agar
membuktikan tuduhannya berhubung penyelewengan tanah bawah pentadbiran
kerajaan BN.

Abdul Rashid hari ini berkata Lim tidak wajar menuduh tanpa bukti kukuh.

"Pada mulanya saya tidak berniat mendedahkan butiran terperinci sekarang,
saya tidak juga menuduh sesiapa kerana saya mahu memberi peluang kepada
Abdul Rashid menjelaskan kenapa potongan (harga) premium diberikan kepada
pihak-pihak tertentu dan kenapa tanah-tanah kerajaan negeri diperuntukkan
kepada syarikat-syarikat besar," Lim dilaporkan berkata di pejabatnya
selepas menerima kunjungan Majlis Suku Cina Pulau Pinang.

"Kami tidak bercadangkan mengenakan sesiapa tetapi kerana beliau mencabar
saya untuk memberikan butiran terperinci, saya akan dedahkan."

Agensi berita Bernama pula melaporkan, sebelum mengambil tindakan lanjut,
Lim mahu mengadakan pertemuan dan berbincang secara terperinci dengan
Abdul Rashid.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau (Abdul Rashid) pada bila-bila masa
dan saya buat undangan rasmi menerusi media," beliau dipetik sebagai
berkata.

Lim menambah, beliau ingin bersikap adil, oleh itu pertemuan dengan wakil
rakyat BN itu penting.


Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada
Lim Guan Eng Salmah Mat
Husain
Mon | Apr 14, 08 | 1:09:11 pm MYT KOTA
BHARU, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad
Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz
sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.

-->-->
Menurutnya, walaupun Guang Eng bukan orang Islam, namun kerana ilmu yang
ada padanya, beliau ingin jadikan khalifah yang masyhur itu sebagai
�idola�nya dalam pentadbirannya agar semua rakyat di negeri
itu mendapat pembelaan dan kebajikan.


Baihaqi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Lim Guan Eng
secara terbuka yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai
model untuk dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat
kepada hampir 300 orang rombongan pelawat dari empat buah negeri, iaitu
Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.


"Walaupun dia (Lim Guang Eng) bukan orang Islam, namun hasil pembacaan
dan penelitiannya beliau berhasrat untuk meniru pentadbiran Umar
khususnya dari segi amanah, kebajikan.


"Ia merupakan satu sikap yang amat baik dan perlu diteladani oleh
pemimpin Islam itu sendiri, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada
saudara Guan Eng di atas hasratnya sedemikian,� ujarnya lagi.


Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berharap Ketua Menteri Pulau Pinang
itu melaksanakan apa yang dijanjikannya sekiranya beliau ingin dilihat
sebagai seorang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat
khususnya masyarakat Islam.


Sambungnya, sebagaimana masyarakat bukan Islam menghormati dan
menyayangi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul
Aziz Nik Mat, kerana sikap kepimpinannya yang tidak meminggirkan
golongan minoriti di negeri itu, dalam masa yang sama diharap umat
Islam di negeri itu juga mendapat layanan yang sama.


"Namun saya berkeyakinan, saudara Lim akan melaksanakannya, apa lagi
menerusi Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di empat negeri untuk menjaga
kebajikan rakyat," ujarnya lagi.


Menyentuh Pakatan Rakyat pula beliau berharap semua pimpinan di empat
negeri dapat memberikan contoh terbaik pada rakyat seluruhnya agar rakyat
dapat menilai sendiri tentang keadilan yang terdapat dalam Pakatan itu.


Tambahnya, apa yang penting perpaduan dalam Pakatan Rakyat hendaklah
jitu di samping menghormati pandangan di antara satu sama lain.


Terdahulu ketika menyampaikan taklimat kepada rombongan pelawat
berkenaan, Baihaqi berharap semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat
termasuk Kelantan menjaga kebajikan rakyat sebaik mungkin.


Sambungnya, rakyat tidak perlukan pembangunan duniawi semata-mata,
sebaliknya mereka terlalu mengharapkan keperihatinan kerajaan untuk
mereka.


"Pembangunan sudah terlalu banyak terutama di Selangor, Pulau Pinang,
namun apa yang rakyat inginkan sekarang ialah pembelaan atau 'cakno'
terhadap mereka yang tidak diperolehi dari kerajaan terdahulu," ujarnya.


Pada majlis itu juga beliau turut mengucapkan tahniah di atas kesudian
mereka masih memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan.


Jelasnya, walaupun empat negeri lagi telah dikuasai pembangkang, iaitu
Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak, namun pelawat masih memilih
Kelantan untuk dilawati. - mns

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: