Monday, March 08, 2010

Catatan 27 Feb 2010

IKTIBAR MAULID NABI S.A.W.
(Oleh: Ustaz Hj Mohd Yusop Hasan, Pengerusi WADAH Selangor )

* Perjuangan Rasulullah s.a.w. yang istiqamah, tidak pernah mengenal erti
letih, putus asa dan kecewa, dilaksanakan dengan penuh hikmah dan
bijaksana.
* Berjaya menyatukan suku-suku bangsa atas asas agama Islam.
* Mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek hidup.
* Perlu sokong apa sahaja yang membawa keuntungan kepada umat.
* Jangan berhenti daripada memberikan sebarang sumbang saran yang membawa
kepada kebaikan.
* Mesti berbaik sangka sebagai dai khususnya berbaik sangka kepada Allah.
* Rintangan tentu ada dalam perjuangan.
* Ujian yang kita hadapi sekarang tidaklah seberat apa yang dihadapi oleh
Rasulullah s.a.w.
* Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk.
* Kalau kita 'dijalan Allah', maka kita akan dibantu oleh Allah.
* Rasulullah s.a.w. tidak pernah senang dalam perjuangannya. Baginda boleh
sahaja kalau nak hidup senang kerana pelbagai tawaran yang disogokkan oleh
kaumnya sekiranya baginda mahu berhenti daripada berdakwah, tetapi baginda
menolak semua tawaran tersebut.
* Penyatuan umat dalam satu aqidah mestilah menjadi tonggak perjuangan
kita.
* Kita mesti lakukan nilai-nilai murni: cakap dan buat!
* Jadilah 3M: Muslim, mukmin dan muttaqim.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: