Thursday, March 18, 2010

Permasalahan penganut Hindu, MB Kedah jamin beri perhatian

Permasalahan penganut Hindu, MB Kedah jamin beri perhatian

Izwan Abdul Halim
Tue | Apr 08, 08 | 5:34:36 pm MYT

ALOR STAR, 8 April (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak
memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memberi perhatian kepada
permasalahan yang dikemukakan oleh penganut Hindu.
Dalam sidang media selepas pertemuan dengan Malaysia Hindu Sangam (MHS) di
Wisma Darul Aman di sini, beliau menjelaskan MHS meminta untuk
diselesaikan masalah kuil yang dirobohkan akibat pembangunan.
"Kuil diroboh jadi orang nak sembahyang payahlah. Ganti pula tidak diberi.
Aduan mereka bukan minta yang baru tetapi hak dia yang lama diruntuhkan,
yang dibina masa sebelum penjajah lagi, 100 tahun dah," ujar beliau.
Katanya lagi, kerajaan negeri akan meneliti perkara tersebut dan akan
mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju.
Dalam pertemuan tersebut juga pihak MHS mengadu kepada beliau mengenai
penyertaan kaum India yang kurang dalam sektor awam.
"Itu bidang kuasa kerajaan pusat," katanya ringkas.
Selain itu menurut Azizan, MHS turut mendakwa mayat bukan Islam tidak
dibenarkan menggunakan perkhidmatan feri antara Langkawi dengan tanah
besar sebaliknya menggunakan khidmat bot laju.
"Yang Islam dibenarkan tetapi yang bukan Islam tidak dibenarkan, ini satu
diskriminasi, kerajaan negeri akan meneliti hal tersebut dan berbincang
dengan pihak pengendali feri untuk mengatasi masalah tersebut," ulasnya.
-
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: