Monday, March 08, 2010

Siaran Media ABIM

KENYATAAN MEDIA ABIM [9 JUN 2008/ 5
JAMADIL AKHIR 1429H]

CADANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MENAMBAHKAN PERUNTUKAN BAGI RUMAH
IBADAT BUKAN ISLAM DAN
MENGGUGURKAN SYARAT HAD KELUASAN BANGUNAN; PERLU MENGAMBIL KIRA
SENSITIVITI UMAT ISLAM DAN KAJIAN TERPERINCI

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)memandang serius laporan akhbar (The
Star m/s N18 dan Akhbar SinarHarian, Sabtu 8
Jun 2008) yang melaporkan kenyataan YB Dr. Xavier Jayakumar dan YB
Ronnie Liu berkenaan cadangan yang akan diusulkan untuk menghapuskan
syarat
had keluasan rumah ibadat bukan Islam seperti yang termaktub dalam
undang-undang PBT. Selain itu turut dilaporkan ialah cadangan penambahan
peruntukan dan jumlah rumah ibadat bukan Islam yang didakwa tidak
mencukupi.
ABIM menegaskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor perlu mengambil kira faktor
kewujudan terlalu banyak rumah-rumah ibadat yang dibina di atas
tanah-tanah
kerajaan atau persendirian tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Oleh
kerana rumah-rumah ibadat ini dibina di atas tanah-tanah yang bernilai
komersial tinggi, masalah perobohan akan timbul apabila tanah-tanah
tersebut
ingin dibangunkan. Untuk mengelakkan masalah berkaitan rumah ibadat
bertambah
rumit, kerajaan negeri Selangor sepatutnya memastikan tiada lagi
rumah-rumah
ibadat baru yang dibina di atas tanah-tanah kerajaan atau persendirian
tanpa
kebenaran PBT.


2.
Sebarang perubahan syarat pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam juga
perlu
mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat terutamanya komuniti Islam.
Komposisi penduduk sesuatu kawasan adalah faktor utama yang perlu diberi
perhatian. Jawatankuasa Penduduk/ Persatuan Penduduk dan NGO-NGO Islam
khususnya perlu dibawa berunding terlebih dahulu sekiranya pembinaan rumah
ibadat bukan Islam melibatkan kawasan berpenduduk majoriti Islam.


3.
Akhir-akhir ini wujud kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk mewajarkan
penambahan peruntukan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam atas
alasan
masyarakat Islam di negara ini menerima peruntukan yang besar untuk
membina
masjid dan surau. ABIM menegaskan bahawa umat Islam mempunyai keperluan
tersendiri terhadap masjid dan surau kerana kewajipan umat Islam untuk
menunaikan solat 5 kali sehari dan solat Jumaat secara berjamaah. Selain
itu
peruntukan besar kepada masjid dan surau diperolehi melalui konsep zakat
yang
wujud dalam Islam dan hak-hak yang jelas diperuntukan oleh perlembagaan.
Kebanyakan surau juga dibina hasil daripada pungutan derma ahli-ahli
kariah dan
bukannya peruntukan kerajaan.Kajian yang dilakukan oleh ABIM bersama
beberapa
pihak pada akhir tahun 2007 mendapati bahawa jumlah
rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang adalah jauh melebihi jumlah
masjid dan
surau. Pandangan bahawa jumlah masjid dan surau melebihi jumlah
rumah-rumah
ibadat bukan Islam adalah tidak benar.


4. ABIM juga menegaskan bahawa sebarang perubahan yang hendak
dibuat perlu mengambil kira Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan
peruntukan
lain berhubung dengan status Islam yang perlu diberi keutamaan. Namun
demikian
hal ini tidak menafikan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam terhadap
rumah-rumah ibadat.


Oleh yang
demikian sebelum sebarang perubahan hendak dibuat terhadap peraturan dan
undang-undang PBT haruslah dijalankan melaluikajian terperinci dan
mengambil
kira pandangan pelbagai pihak.


ABIM dalam
hal ini tidak menafikan hak-hak bukan Islam dan semangat toleransi antara
kaum,
namun sewajarnya sebarang tindakan tersebut perlu dilaksanakan dengan
penuh
berhikmah berasaskan semangat toleransi, prinsip-prinsip perlembagaan dan
keadilan
sosial tanpa menafikan hak-hak dan sensitiviti majoriti umat Islam di
Malaysia.


Khairul Arifin Bin Mohd Munir
Setiausaha Agung ABIM
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: