Thursday, March 18, 2010

Hakim didakwa akibat lepas 3 Hindraf? - Gani Patail yg GIla

Hakim didakwa akibat lepas 3 Hindraf?

Apr 15, 08 3:08pm

DAP mempertikaikan pengendalian kes pemalsuan dokumen terhadap bekas hakim
Zunaidah Mohd Idris selepas beliau melepaskan tiga pemimpin Barisan
Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Tokoh utama parti itu Lim Kit Siang hairan dengan tindakan ketua
pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang
terlibat dalam kes Zunaidah yang dianggap kecil.

Sedangkan, tambah Lim, Mohd Yusof atau Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani
Patail (foto) sendiri tidak terlibat dalam kes berprofil tinggi
melibatkan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Kes (Altantuya) itu lebih besar kesan politik dan tadbir urus yang baik,"
katanya.

Zunaidah, sebagai hakim di mahkamah sesyen Klang pada 26 November 2007,
melepaskan tetapi tidak
membebaskan pemimpin-pemimpin Hindraf - P. Uthayakumar, P. Waytha Moorthy
dan V. Ganapathi - yang didakwa bagi kesalahan menghasut.

Semasa membuat keputusan itu, Zunaidah berkata beliau tidak nampak tumpuan
pendakwaan kes itu dan atas sebab itu beliau melepaskan ketiga-tiga
tertuduh.

Hakim juga berkata rakaman percakapan asal perlu dibuat dalam transkrip
bahasa asal (Tamil) sebelum diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain.

Lim menambah dalam satu kenyataan hari ini, selepas membuat penghakiman
itu, Zunaidah dilucutkan jawatannya di mahkamah sesyen Klang dan
dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk kerja-kerja
pentadbiran.

"Apakah pertuduhan terhadap Zunaidah atas kesalahan memalsukan dokumen
pada September 2005 berkaitan dengan keputusannya menolak pendakwaan kes
hasutan tiga pemimpin Hindraf?" kata ahli parlimen Ipoh Timur melalui
blognya petang ini.

Bekas hakim itu didakwa di mahkamah sesyen Raub pada Jumaat  lalu atas
tuduhan memalsukan rekod kes jenayah ketika bertugas sebagai hakim di
mahkamah itu tiga tahun lalu.

Zunaidah, kini pegawai pentadbiran di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya,
mengaku tidak bersalah dan hakim menetapkan 8 Julai ini untuk
perbicaraan.

Beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Zunaidah sebelumnya dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan
yang sama di mahkamah majistret Raub pada 14 September 2005.

Mengikut kertas pertuduhan, Zunaidah
memalsukan satu dokumen rekod mahkamah yang dibuat majistret Nurul
Mardhiah Redza bagi kes tangkap 83-238-2005 di mahkamah majistret itu.

Beliau yang didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan, dituduh
melakukan kesalahan itu di kamar hakim mahkamah sesyen, Jalan Bukit di
Raub.

Jika sabit kesalahan, Zunaidah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan
didenda.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: