Monday, March 08, 2010

83 anak luar nikah setiap hari di Malaysia

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan
perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin
meningkat.
>>
>>Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia
leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.
>>
>>Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke
masjid.
>>
>>Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang
melanda umat Islam sekarang ini.
>>
>>Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak
direkodkan ?
>>
>>Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.
>>
>>************ ********* ********* ********
>>STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
>>
>>Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri
daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak
tidak sah taraf.
>>
>>Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf.
Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di
bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah
kandungnya.
>>
>>STATISTIK
>>
>>Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
>>
>>Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu
kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
>>
>>>>Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978
dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak
orang ISLAM.
>>
>>Pecahan mengikut negeri:
>>
>>Selangor = 12,836 orang
>>Perak = 9,788 orang
>>Kuala Lumpur = 9,439 orang
>>Johor = 8,920 orang
>>Sabah = 8,435 orang
>>Negeri Sembilan = 4,108 orang
>>Pahang = 3,677 orang
>>Kedah = 3,496 orang
>>>>Pulau Pinang = 3,412 orang
>>Melaka = 2,707 orang
>>Kelantan = 1730 orang
>>Perlis = 691 orang
>>Sarawak = 617 orang
>>Terengganu = 574 orang
>>JUMLAH = 70,430 orang.
>>
>>http://berita- harian-online. com/statistik- anak-luar- nikah-di-
malaysia/

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: