Monday, March 08, 2010

ABIM:SELESAIKAN POLIMIK PPSMI DENGAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA ABIM 
9 MAC 2009 / 12 RABIUL AWAL 1430
SELESAIKAN POLEMIK PPSMI DENGAN SEGERA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Y.A.B
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang ingin keputusan
muktamad berkenaan dengan Pembelajaran serta Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan dengan secepat
mungkin.
Ini memandangkan telah banyak kajian serta perbincangan yang telah
dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai keberkesanan PPSMI semenjak ia
mula dilaksanakan pada tahun 2003 dahulu. Dalam hal ini, ABIM menilai
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperolehi asas yang
kuat untuk membuat keputusan berkenaan dengan PPSMI dalam masa terdekat.
Merujuk kepada hujah-hujah yang dikemukakan menerusi kajian-kajian yang
dilakukan serta perbincangan-perbincangan yang dilakukan di kalangan
tokoh-tokoh akademik serta bahasa, ABIM merasakan amatlah wajar untuk KPM
memansuhkan PPSMI samasekali, kerana ia tidak menunjukkan sebarang
perubahan yang positif serta nyata.
ABIM juga ingin melahirkan perasaan kesalnya ke atas tindakan kasar pihak
berkenaan ke atas tokoh-tokoh bahasa terutama sekali Sasterawan Negara,
Datuk A. Samad Said pada 7 Mac yang lalu, kerana ia seakan tidak
menghormati kedudukan serta status mereka selaku ahli bahasa ataupun
pakar dalam bidang berkenaan.  

DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN


YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: