Thursday, November 15, 2007

Tanggal 10 November 2007, memang sukar dilupakan.
Beberapa anak muda dari N.Sembilan telah bersiap sedia
seawal pagi bertolak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kebanyakan kami menaiki komuter di Stesen Keretapi
Seremban. Beberapa SB telah lama menunggu, untuk
memantau mereka yang pergi ke KL. Rata-rata mereka
semua kenal SB di Seremban ini, Seremban ini bandar
kecil. Tak apalah, itu kerja mereka, nanti susah pula
mereka tak ada apa nak repot pada boss mereka.

Memendekkan cerita kami sampai di stesen LRT Masjid
Jamek sekitar jam 11 pagi. Hebat, sungguh hebat.
PENIAGA-PENIAGA makanan di sekitar Masjid Jamek dan
Masjid India penuh sesak dengan peserta Himpunan
100,000 dan 4,000 anggota polis. PENIAGA UNTUNG LAH,
SIAPA KATA RUGI. Ini teori ekonomi budak sekolah
menengah. Ramai orang, ramailah lapar, ramai lapar,
penuhlah kedai makan. Bila hujan, ramai pula beli
payung. Jadi kerajaan patut galakkan seberapa banyak
Perhimpunan setiap hujung minggu dengan menurunkan
bukan sahaja 4,000 polis malah 40,000 tentera , biar
maju peniaga di KL.

Balik pada cerita Pesuruhjaya PAS N.Sembilan tadi.
Kita memang respectlah dia ni, walaupun sakit gout,
dia dengan dipapah oleh dua orang remaja, meredah
hujan lebat dan ugutan pihak polis, serta serangan bom
asap pemedih mata dan air asid. Bukan PJ NS saja yang
bakar semangat malah pakcik-pakcik dan atok-atok dari
Rembau (tempat Khairy Jamaluddin), juga dari Johol dan
lain-lain tempat.

Itu je nak cerita. Itulah kepimpinan melalui tauladan,
semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada Golongan
Muda di Negeri Sembilan ini untuk bangkit menegakkan
kebenaran, samada secara langsung atau tidak langsung.

Kini lambang parti bukan lagi pemisah antara kaum,
agama dan bangsa. Kita bersatu menegakkan kebenaran
dibawah warna KUNING, membela mereka yang ditindas.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: