Saturday, November 10, 2007

Kumpul di 4 lokasi kalau Dataran ditutup - Bersih

Nov 09, 07

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) â€" Polis dijangka menutup semua jalan menuju
ke Dataran Merdeka bagi mengelakkan orang ramai berkumpul untuk menuntut
sebuah sistem pilihan raya yang bersih esok.

Sekiranya itu berlaku, penganjur perhimpunan, Gabungan Menuntut Pilihan
Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan empat lokasi untuk orang ramai
berkumpul sebagai langkah alternatif. "Tempat-tempat tersebut adalah
di Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni. Orang ramai
dinasihatkan berkumpul di keempat-empat lokasi tersebut sehingga isyarat
bergabung diterima daripada pemimpin perhimpunan," kata ahli jawatankuasa
Bersih, Tian Chua dalam satu kenyataan hari ini. Walau bagaimanapun
katanya, sekiranya Dataran Merdeka tidak ditutup, orang ramai diminta
berkumpul di situ seperti rancangan asal. Selain itu, kata Tian,
orang ramai juga dinasihati masuk ke Kuala Lumpur lebih awal kerana pihak
penganjur menjangkakan polis akan mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di
kebanyakan lalaun memasuki ibu kota.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: