Saturday, November 10, 2007

PEKIDA akan buat rusuhan?

PEKIDA akan buat rusuhan?

Maklumat terbaru yang diterima, PEKIDA di sekitar Lembah Klang akan
turun beramai-ramai dengan memakai baju BERSIH untuk bersama Himpunan100
ribu rakyat. Walaubagaimana pun niat mereka adalah khusus untuk melakukan
provokasi dan rusuhan bagi memastikan Pihak Polis dapat bertindak balas
kepada perhimpunan ini.

Dimaklumkan juga bahawa wakil-wakil PEKIDA telah menyebarkan
risalah-risalah diseluruh Masjid sekitar Kuala Lumpur yang menyatakan
bahawa Himpunan 10 Nov di batalkan. Selain itu risalah yang menggunakan
nama Persatuan Peniaga Jalan Masjid India turut diedarkan bagi membantah
Himpunan ini. Ke semua provokasi ini bertujuan bagi meamstikan Himpunan
Aman ini gagal sekaligus memberikan kredit kepada BN untuk terus
memerintah.

Diharapkan para petugas yang hadir dapat memberikan tumpuan dan
mengenalpasti agen-agen provokator ini dan memastikan hajat mereka tidak
tercapai.

Selamat berhimpun dan kita Jumpa disana.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: