Sunday, September 30, 2007

Petua untuk mereka yang BERPUASA

Puasa yg berkesan utk kesihatan

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga
berbau,
kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan
mungkin
juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa,
sakit
kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke
darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan
kahak serta
lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia
akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna
water-filter) .
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut
mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan
berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan
kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara
perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi
getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang
terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan
cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap
batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa
makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan
kimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan
seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash,
nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia
menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar
glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi
putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga
mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga
mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan
puasa
begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan
minum
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan
berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat
pahala)."

'Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang'


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: