Tuesday, September 18, 2007

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah berhenti memakan ayam
daging yang dijual dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut
:

1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam daging di
Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini
secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga
siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga
makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam
naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah
terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga
anak ayam tanpa sebarang sebab.

3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan
ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu
disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana
bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam
untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga
semasa menyambut hari raya.

4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan
halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat
rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan
harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual
daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya.
Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini
kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam
bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini
juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya 'kelihatan' subur
dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar.
Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari
cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari.
Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa
eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang
mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan
sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik
digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang
doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut
telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati
berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan
pelbagai komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd
Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada
jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam
tubuh.
Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka
yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.
"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan
asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja
dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.
Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan
kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu
ketika membeli ayam daging di pasar.
Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam
kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang
kepada penyakit jantung.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan
Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang
bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan
badan manusia yang memakannya.
"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca
kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya
(hormon) dalam tempoh singkat."
"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan
dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol
yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.
Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti
penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.
"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara
tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab
kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini,"
ujarnya.
Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran
yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh
golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming
secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda,
boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama
kepada kanser rahim serta kanser payudara.
MARI KITA BERHENTI MAKAN AYAM DAGING DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN AGAMA.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: