Sunday, September 30, 2007

Banyak dosa hati keras

SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan
makanan pun ditakuti.

Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih
berbahaya daripada racun.

Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau
terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di
neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu
membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.

Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing
tanggung, jaga kubur masing-masing.

Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala
kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.

Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak
rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang
terhoyong-hayang.

Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa
ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek
kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.

Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama
apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk
akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk
di akhirat nanti.

(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk
tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat
meninggalkannya.

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran
pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak
takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan
ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.

Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia
amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan
pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar
nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka
bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan
tidak menghormati perasaan orang lain.

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah
membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana
dia menyakiti ibubapanya.

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang
menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah
selama 40 hari.

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan
penyelesaian.

(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul
bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya
mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: