1. cara terbaik untuk memilih minyak wangi adalah mencuba pada kulit
anda sendiri dan bukan pada orang lain. Ini kerana walaupun minyak wangi
yang sama tetapi ia mungkin berbeza bau pada orang lain. Jika ia berbau
wangi pada orang lain, mungkin tidak pada anda
2. setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri,
sekiranya anda menggunakan minyak lebih dari satu jenis pada masa yang
sama,keharmonian minyak wangi tersebut akan hilang. Ini akan hanya
merosakkan ciri2 setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang
menyenangkan
3. sembur minyak wangi pada belakang pergelangan tangan, lipatan siku
dan leher. Cara ini membuatkan bau minyak wangi tahan lebih lama.
4. ketika memakai minyak wangi, anda disarankan tidak menggesel
kerana ia boleh merosakkan molekul minyak wangi dan mengurangkan baunya.
5. simpan minyak wangi pada keadaan suhu billik. Elak daripada
terkena cahaya matahari,suhu sejuk dan keadaan gelap. Jangan letak
berhampiran suhu panas atau lampu kerana ia boleh mengubah bau minyak
wangi tersebut
6. semburkan pakaian lembab dengan minyak wangi dak keringkan pakaian
anda itu untuk haruman yang lebih hebat
7. jangan sesekali menyembur minyak wangi pada pakaian kerana
sesetengah fabric pakaian meninggalkan kesan kotoran yang sukar untuk
dicuci. Ingat, sembur minyak wangi terlebih dahulu sebelum anda memakai
pakaian.
8. jika anda ingin memilih minyak wangi untuk seseorang, belilah
minyak wangi klasik. Ini kerana minyak wangi ini telah lama di pasaran
dan disukai ramai orang. Factor umur mempengaruhi pemilihan minyak wangi
yang sesuai. Sekiranya ingin membelikan minyak wangi kepada teman wanita
yang sebaya dengan anda,pilihlah minyak wangi yang memiliki ciri2
feminin dan elegan. Minyak wangi yang berasaskan campuran bunga-bungaan
sentiasa menjadi pilihan ramai.
9. peningkatan suhu badan boleh membuatkan aroma minyak wangi akan
berbau kuat. Jadi adalah lebih baik anda menyemburnya dengan tipis
ketika musim panas
sumber-MASKULIN-OKTOBER 2007
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment