Sejarah dan Realiti Malaysia
Prof Dr Wan Mohd Noor Wan Daud, ISTAC
Post Islamisation dan Post Orientalism
Ada pihak yang mengatakan sekarang ini adalah period post Islamisation,
pasca Islamisasi, bermakna Islam sebagai pemikiran agama tidak relevan
lagi. Sekarang juga disebutkan masa post orientalism, pasca orientalisme
yang mendakwa bahawa kaedah teori orientalis tidak lagi berada di luar
ruang lingkup pemikiran Islam. Malah orientalisme tidak lagi dipandang
serong dan bukan di luar tetapi di dalam pemikiran Muslim – iaitu
bagaimana kita memahami al Qur'an, Sunnah dan ulama' – ia datang dari
pemikiran orientalis.
Kerangka pemikiran orientalis menyerap masuk kepada kerangka pemikiran
Islam, samada sedar atau tidak, di dalam institusi-institusi pengajian
Islam. Oleh itu, jangan terperanjat jika para penentang Islam nanti
terdiri daripada penganutnya sendiri – contohnya, dengan pemakaian
tudung, berpengetahuan Bahasa Arab dan berpendidikan agama. Kecenderungan
ini – iaitu deislamisasi, mengamalkan dualisme ilmu – mereka menerima
Qur'an tetapi menolak hadith serta mempertikaikan ulama'. Mereka
menyerang khabar sadiq – kata-kata benar sahabah dan ulama'.
Pada sebuah persidangan di Afrika Selatan, seorang wanita bertudung
menanya soalan kenapa dia perlu mematuhi and menuruti perintah suaminya,
padahal di tempat kerjanya dia seorang pengurus yang menjadi ketua kepada
ramai eksekutif-eksekutif lelaki.
Pentadbiran Washington dan Kongres US telah memulakan apa dinamakan
sebagai SLI Strategic Linguistic Initiatives bagi menguasai seberapa
banyak bahasa asing bertujuan mempengaruhi minda dunia luar dan sudah
tentu pemikiran umat Islam melalui bahasa.
Islam di Tanah Air dan isu-isu liberal-sekularis
Islam di Malaysia bermula daripada hari pertama Islam datang ke rantau
ini dan Islam bukan hal yang baru. Proses Islamisasi berterusan tanpa
terbatas walaupun berlaku penjajahan dan penaklukan British serta Jepun.
Penjajahan dan penaklukan membawa halangan dan rintangan namun Islam
terus berkembang.
Hujah kita terhadap golongan yang mendakwa negara ini negara sekular:-
1. Apa definisi sekular? Sekular bermakna tiada konsep agama rasmi dan
tiada peruntukan kerajaan bagi tujuan serta program agama. Sekularisme
yang difahamkan oleh Tunku tidak sama seperti yang diamalkan di
negara-negara Barat.
2. Kebebasan Agama :
Pada peringkat peribadi, ia dinamakan kebebasan beragama seorang
individu. Tetapi di peringkat masyarakat ia bermakna kebebasan mereka
yang berwibawa mengamalkan agama mereka sepertimana difahami oleh mereka
yang kompeten di negara tersebut.
3. Murtad:
Jika murtad itu hak seorang individu Muslim seperti yang diperjuangkan
oleh golongan liberal bukan Islam, ia tidak ikhlas dan tulus terhadap
agama Islam dan undang-undangnya. Jika mereka boleh hormati dan
bertoleransi terhadap undang-undang Islam terhadap halal-haram, larangan
arak dan judi, begitulah mereka perlu hormati peraturan dan pegangan
Islam. Mereka tidak boleh menyokong, menghasut ataupun mengapi-apikan
gejala murtad.
Golongan bukan Islam tidak memahami kenapa orang Islam sangat cemburu
dan sensitif terhadap agama Islam. Murtad itu adalah lebih buruk daripada
dosa-dosa besar. Tahap keburukannya lebih daripada fasiq dan zalim. Murtad
bererti tiada jalan kembali.
Kebelakangan ini laporan rasmi dan tidak rasmi tentang gejala murtad di
kalangan orang Islam membimbangkan. Adalah difahamkan bahawa kebanyakan
kejadian bukan disebabkan kepada keyakinan atau kepercayaan tetapi faktor
perasaan, emosi dan ekonomi.
Catatan Ringkas Pembentangan sempena Seminar Islam dan Cabaran Semasa:
Analisis Kedudukan Islam di Malaysia Pasca 50 Tahun Kemerdekaan
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment