Siang tadi Persatuan Peguam Malaysia atau Bar Council sebagaimana yang
dirancangkan telah mengadakan March for Justice atau Perarakkan Menuntut
Keadilannya di Putrajaya. Ahli-ahli Persatuan seramai lebih 1,000 orang
diketuai oleh pimpinan tertingginya termasuklah Presidennya Ambiga
Sreenevasan telah berhimpun di perkarangan Palace of Justice untuk
berarak sejauh 3.5 km ke arah Pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan
memorandum mereka berhubung kebebasan kehakiman.
Memorandum ini disamping menuntut proses perlantikkan hakim yang lebih
telus dan dikelolakan oleh satu badan bebas turut menyentuh isu rakaman
video kontroversial membabitkan peguam VK Lingam. Dalam isu video itu
Majlis Peguam menuntut agar satu Suruhanjaya Di Raja segera dibentuk
untuk menyiasat dan mengesahkan kesahihan video itu dan jika sah
mengambil tindakan yang sewajarnya.
Apa yang mahu saya coretkan di sini adalah suasana di Putrajaya ketika
March for Justice ini berlangsung. Saya kesal kerana pihak polis bukan
hanya menurunkan anggota mereka dalam bilangan yang besar tetapi telah
turut membawa turun pasukan anti rusuhan mereka atau FRU! Bukankah
perarakkan aman ini dianjurkan oleh Majils Peguam Malaysia? Mereka bukan
parti politik, bukan juga penternak khinzir tetapi mereka adalah pengamal
undang-undang yang dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Lalu apakah rasionalnya pihak polis menurunkan FRU? Tidakkah ini
memberikan imej buruk kepada negara seolah negara kita ini sebuah Police
State atau Negara Polis!
Saya pandangan perkara ini serius dan pihak Ketua Polis Negara perlulah
menasihatkan pegawai bawahannya agar jangan melatah dan mengakibatkan
orang-ramai tidak lagi menghormati badan kepolisian (yang kini
sebagaimana badan kehakiman turut menerima kritikkan yang teruk oleh
masyarakat). Memadailah jika ada polis trafik mahu mengawal lalulintas
dan dua-tiga pegawai. Kenapa sampai perlu dibawa turun water canon dan
kelengkapan anti rusuhan yang lain?
Saya difahamkan diperingkat awal malah OCPD enggan membenarkan perarakkan
ini diteruskan, kononnya atas alasan keselamatan. Walaubagaimanapun
akhirnya setelah berlaku perundingan, ianya dibenarkan. Malaysia perlu
mengikis imej Police State dan kuku besinya, yang terserlah akibat
kerakusan para pegawai keselamatannya. Rakyat perlu diberi hak untuk
berhimpun dan bersuara dengan syarat ia dilakukan secara aman. Saya tidak
nampak disudut mana anggota dan pimpinan Bar Council boleh dianggap
sebagai satu ancaman?!
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment