Saturday, October 06, 2007

Hikmah berbuka dengan kurma, air

KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita
untuk
memulakan sesi berbuka puasa dengannya.

Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah
dengan
kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air
itu
bersih dan suci."

(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Anas: "Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab
(kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat
Maghrib,
kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering),
jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih." (Hadis
riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Mesti ada hikmah di sebalik sunnah.

Beberapa kajian perubatan dan sains menunjukkan bahawa kurma memberikan
banyak manfaat untuk kesihatan fizikal mental dan kerohanian.

Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia,
organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu
diberikan sesuatu yang lembut dan halus.

Orang berpuasa sehari suntuk, serba keletihan memerlukan makanan pemberi
tenaga yang mudah dicerna, juga air yang boleh menghilangkan rasa lapar
dan
dahaga. Makanan paling cepat untuk dicerna dan sampai ke darah adalah
nutrien glukosa atau sukrosa (gula sihat). Tubuh kita memang mampu
menyerap
dengan mudah dan cepat gula itu hanya dalam beberapa minit, terutama dalam
keadaan perut sedang kosong.

Andainya kita mencari makanan yang mempunyai dua fungsi sekali gus seperti
di atas, menghilangkan lapar dan dahaga serta nutrien pemberi tenaga dalam
satu hidangan, kita tidak akan berjumpa makanan lebih baik daripada apa
diperintahkan oleh sunnah nabawiah ini. Sunnah Nabi ini memerintahkan
kepada
orang yang berpuasa supaya berbuka puasa dengan nutrien gula yang manis,
sekali gus kaya dengan kandungan air (ruthab) atau tamar (kurma kering).

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan
Dr.
Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh.

Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan
peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat,
malah
menjadi lebih ghairah.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa
dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum.
Jadi,
kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu
menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang
banyak ketika berbuka.

Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari
menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu
keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: