Thursday, October 11, 2007

MB Sedih Kelantan dinafi nikmati hasil gas

MB Sedih Kelantan dinafi nikmati hasil gas

KOTA BHARU, 3 OKT – Walaupun dianugerahkah dengan sumber galian gas yang
banyak dan Petronas berkemampuan untuk mendaratkannya di Kelantan,
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru DatoÂ' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap
bersedih apabila hak itu dinafikan dengan mendaratkan gas tersebut di
Thailand.

"Saya sedih mengapa gas dari JDA di perairan Kelantan didaratkan di
Thailand. Tiada sebab langsung. Pendaratan di Thailand kalau dibuat juga
tidak berkat kerana harta kita dibawa ke tempat lain," katanya ketika
ditemui di pejabatnya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Mengenai Pembangunan
Ekonomi Wilayah Timur (ECER) yang dijangka dilancarkan Perdana Menteri
hujung bulan ini katanya.

Selain itu Tuan Guru juga bertegas yang beliau akan bertanding untuk kekal
di kerusi DUN selain bertindak mengetuai jentera pilihanraya PAS untuk PRU
ke-12 nanti.

"Saya sudah sebut akan bertanding. Dan suratkhabar pun sudah menyiarkan,"
katanya sambil tersenyum biar pun nampak keletihan akibat banyak program
yang dihadirinya.

Ditanya kemungkinan ditampilkan calon-calon baru mewakili parti itu
katanya, di semua kawasan yang PAS tidak menang lagi akan diletak calon
baru.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: