Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Kategori: Isu Semasa
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar
percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran
dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi
âœsaya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali
Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.â
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati
YB. Mudah-mudahan dengan sikap âœtidak mesra Umnoâ dan
pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan
India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk
lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam
dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi
mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat
Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz,
Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai
tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan
tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan
Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar
Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat
bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan
insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan
meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini
untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui
seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti
âœdimana tak kenanya Islamâ atau âœapa mesej al-Quran kepada orang
bukan Islamâ bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada
tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah
serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh
dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan
perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan
dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam
mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat
sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke
sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATOâ™ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment