Kenyataan Bersama: Pakatan Rakyat Bertunjangkan Muafakat Pimpinan dan
Rakyat
Para pemimpin Pakatan Rakyat ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan amat
komited untuk meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan
rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak
asasi sejagat manusia.
Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah
dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu,
KeADILan, DAP dan PAS. Antaranya ialah membina negara ini atas landasan
keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara
dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir.
Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi
persendirian atau parti masing-masing. Walaupun ada pihak-pihak yang
memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh
pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah
pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam
Pakatan. Oleh demikian, semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah
diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini.
Tidak ada parti yang menjadi tunjang Pakatan. Bahkan tunjang kekuatan
Pakatan berpaksikan prinsip sama taraf dan berasaskan semangat
pemuafakatan pimpinan Pakatan berteraskan mandat yang diberikan oleh
rakyat dalam Pilihanraya Ke-12 yang lalu.
Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan
prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang
saksama dan kebebasan beragma. Tugas besar ini kami tanggung bersama
selaras dengan janji kami semasa Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.
Pakatan telah melangkah ke hadapan dengan menyusun dan memantapkan lagi
dasar untuk dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh
Pakatan dan juga untuk digunapakai oleh semua ahli Parlimen Pakatan
apabila Parlimen bersidang nanti. Kami akan mengumumkan satu
perisytiharan prinsip yang lebih menyeluruh kelak.
YB Wan Azizah Ismail DS Anwar Ibrahim YB Lim Kit Siang YB Haji Hadi Awang
Joint Statement: Pakatan Rakyat Reaffirms its solidarity for Malaysians
The Leaders of Pakatan Rakyat hereby reaffirms its commitment to implement
the broad agenda to develop the nation and its desire to create a
prosperous society irrespective of ethnicity, religion and culture and
uphold human rights.
The policies of Pakatan Rakyat are centered on objectives that have been
agreed upon and accepted by the leaders of the three parties that are
KeADILan, DAP and Pas. Among these are to develop this country on the
basis of justice, create opportunities for all citizens to enjoy national
prosperity and to accord priority to those who are poor and marginalized.
Pakatan Rakyat is not the forum nor is it the place for any group or
individual to champion personal ideologies or that of its component
parties. Although there have been individuals who express personal views
that are differ from the agreed agenda of Pakatan Rakyat, those views are
clearly personal. They do not represent that of any of the Parties in
Pakatan Rakyat. As such, all leaders and members of Pakatan Rakyat have
been directed to desist from expressing views that contradict those that
have been mutually agreed upon by Pakatan Rakyat.
There is no one party that is the backbone of Pakatan Rakyat. In fact, the
strength of Pakatan Rakyat is based on principles of equality and spirit
of co-operation among leaders of Pakatan Rakyat in keeping with the
mandate that has been given to us by the people during the 12th General
Elections.
Pakatan Rakyat is determined to implement and bring changes in accordance
with the principles of democracy, socio-economic justice, equal economic
opportunities and religious freedom. This great responsibility will be
borne together in keeping with our pledges made during the 12th General
Elections.
Pakatan Rakyat has moved forward by arranging and strengthening policies
to be implemented by all the State Governments under Pakatan Rakyat.
These will also be adopted by all Pakatan Rakyat Members of Parliament
when Parliament is in session. We will announce a general declaration of
principles at some later date.
YB Wan Azizah Ismail
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Haji Hadi Awang
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment