Monday, March 08, 2010

Gereja beri RM2,000

Gereja beri RM2,000
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my

2010/03/03 KLUANG: Dia wanita Islam yang layak digelar ibu tunggal malang
apabila begitu memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti, namun
permohonan pada wakil rakyat dan banyak lagi badan kebajikan termasuk
pertubuhan Islam sering mengecewakan, sebaliknya sebuah gereja
menghulurkan
bantuan RM2,000.

Selepas ditinggalkan suaminya 16 tahun lalu, ibu tunggal yang mahu
dikenali
sebagai Hanum, 40, terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata ingin
melihat anak tunggalnya berjaya dalam pelajaran.

Gaji RM900 sebulan tidak pernah digunakan sepenuhnya untuk diri sendiri,
malah disalurkan untuk kegunaan si anak yang baru setahun melanjutkan
pelajaran peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan di ibu negara.


Masalah bermula apabila kejayaan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu
dipandang remeh sesetengah pihak termasuk institusi agama daerah, badan
zakat negeri dan wakil rakyat yang pernah ditemuinya.


Menurut Hanum, anaknya itu sudah dua kali menolak tawaran melanjutkan
pelajaran di dua universiti tempatan berikutan masalah kewangan dialami.
"Selepas dua kali menyerah kalah terhadap tuntutan kewangan berkenaan,
kali
ini saya nekad mencari sumber kewangan.


"Saya berjumpa banyak pihak untuk meminta bantuan kewangan anak yang mahu
melanjutkan pelajaran, tapi semua memberikan alasan tiada peruntukan serta
saya tidak layak untuk memohon tanpa sebab munasabah," katanya ketika
ditemui di sini, semalam.


Sehinggalah pada satu ketika dia didatangi seorang lelaki berusia lewat
30-an di sebuah hentian bas di daerah Batu Pahat yang menawarkan
pertolongan
daripada sebuah gereja sekitar kawasan berkenaan.


"Lelaki itu lihat saya menangis di hentian bas lalu bertanyakan masalah
selepas mendengar rintihan saya dia terus membawa ke gereja berjumpa
dengan
seorang paderi yang boleh membantu," katanya.


"Saya terus mengikut saja lelaki terbabit ke sebuah gereja lalu
diperkenalkan dengan seorang paderi," katanya.


Katanya, belum sempat dia menceritakan masalah yang dialaminya itu paderi
terbabit terus mengeluarkan sekeping cek sumbangan bernilai RM2,000 untuk
menaja pengajian anaknya.


Malah, cek itu diberikan paderi itu kepada Hanum yang beragama Islam tanpa
sebarang syarat.


"Saya terus ambil cek itu dan beredar dari gereja itu. Terharu sangat
kerana
institusi agama dan wakil rakyat saudara seagama tidak boleh membantu
saya.
Malah, saya pernah dihalau beberapa kali ketika mengajukan masalah ini
kepada pihak berkenaan," katanya sambil mengalirkan air mata.


Hanum yang bekerja sebagai tukang sapu dan pengawal keselamatan di Parit
Raja, di sini, tidak menggunakan cek sumbangan berkenaan, tetapi
menyerahkannya kepada seorang individu yang bergelar ustaz.


Terkejut melihat perkara itu, lelaki berkenaan terus membawanya ke sebuah
sekolah bagi mendapatkan sumber kewangan yang diperlukannya.


Hasil inisiatif sekolah di Kluang itu satu program derma kilat dilancarkan
bagi membantu ibu malang terbabit.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: