perlaksanaan hukum-hakam Islam masih lagi jadi teori, maka perlulah dikaji
kenapa ia tak dapat dilaksanakan sungguhpun angkat sumpah telah dilakukan.
Sesungguhnya bukan mudah untuk mendirikan Negara (Daulah Islam) kerana ia
bukan hanya satu janji yang termaktub dalam manifesto, misi dan visi
parti.
Penubuhan Negara Islam (Daulah/Khilafah) tidak bermula dengan hanya
mendapat
kuasa tetapi yang paling penting sekali ialah mendakwahkan umat Islam
hingga
kembali memahami ajaran agama hingga jiwa mereka memberontak mahukan
undang-undang Islam dan bukan hanya menukar pemimpin A kepada pemimpin B.
Pada masa kini, istilah Daulah, istilah Khilafah itu sendiri sebahagian
umat
Islam belum pernah mendengarnya. Mereka lebih mahir lagu-lagu di carta
pop,
atau siapakah bintang realiti yang baru tersingkir tetapi tidak mahir
tentang istilah-istilah dalam Islam. Umat Islam lebih arif tentang sistem
pemerintahan yang berasal dari Barat iaitu sistem demokrasi dan tidak arif
sistem pemerintahan Islam iaitu Khilafah, tidak tahu apa itu dan fungsi
Majlis Shura dalam Daulah Khilafah hingga menyamakannya dengan sistem
demokrasi. Umat Islam berjuang bukan dengan perjuangan yang dirintis
Rasulullah semasa di Mekah hingga berdirinya Daulah di Madinah kerana
telah
terkena serangan virus sekuler-Kapitalis hingga pemikiran Barat menjadi
asas
perjuangan. Pada akhirnya, disebabkan perjuangan menumpang ihsan
rakan-rakan
sekutu dalam Pakatan, maka apabila kuasa telah di tangan, undang-undang
Islam kekal sebagai teori. Sesungguhnya akal yang waras akan mencari,
mengapa ini terjadi? Apakah faktor yang menyebabkan undang-undang Islam
hanya teori selain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN? Jawapan mudah
ialah apabila SISTEM pemerintahan masih mengekalkan SISTEM KUFUR, selagi
Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menolak mana-mana undang-undang yang
bertentangan dengan peruntukan di dalam PP itu sendiri, selagi itulah
hukum-hakam Islam akan kekal sebagai TEORI. Wahai pejuang-pejuang Islam,
kajilah jalan yang kau tempoh untuk meraih kuasa. Sesungguhnya jawatan
yang
kau sandang itu akan dipertanyakan - adakah dengan kapasiti itu kau mampu
merobah undang-undang kufur ini kepada undang-undang Islam? Apakah
natijahnya jika undang-undang sedia ada kekal status quo? Sampai bilakah
AlQuran dan Sunnah akan lebih banyak menghiasi rak-rak khutubkhanah dan
menjadi hantaran perkahwinan - sehingga umat Islam hanya memuliakan bentuk
fizikalnya sahaja, bukan isi dan ajaran di dalamnya. Kamu mahu meraih
redha
siapa? Redha Allah atau redha sekutu politikmu? Karpal Singh kah yang kau
geruni atau ancaman dari Allah? Adakah hanya menang pilihanraya yang kau
cari dan bukan menang dalam dakwah kepada umat hingga mereka membenci
sistem
Kufur? Sesungguhnya sekadar munajat sahaja tidak cukup untuk memartabatkan
deen yang mulia ini selagi jalan yang ditempoh masih di atas landasan
sistem
Kufur dan kekuasaan yang engkau raih tidak memungkinkan perlaksanaan Islam
secara kaffah. Kajilah sirah dan ubahlah method/thariqah perjuanganmu
sementara hayat dikandung badan. Allah pasti akan membantu jika engkau
berusaha memartabatkan deen-Nya dengan jalan (method) Junjungan Mulia
Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam. Waullahu a'lam. Sekian, Wassalam.*
**
*Berita Dalam
Negeri*<http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Utama&op=senarai&catid=1>
*: MB Kedah minta Karpal Singh tutup mulut*
[image: Dalam
Negeri]<http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=News&new_topic=19>
Polemik
sensitif yang berlanjutan berikutan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh
tentang negara Islam telah mengundang balas daripada Menteri Besar Kedah
Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyanggah kata-kata beliau sebelum ini.
Malah Ustaz Azizan menyifatkan Karpal tiada pemahaman jelas berhubung isu
tersebut sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan yang
mengundang
kemarahan ramai di samping mendapat teguran daripada Mursyidul Am PAS Tuan
Guru Nik Aziz Nik Mat.
Menurut laporan, Azizan meminta Pengerusi DAP Karpal Singh menutup mulut
dan
berhenti bercakap tentang PAS dan kaitan dengan negara Islam sebaliknya
harus memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar yang boleh dibincangkan
di
antara PAS dan DAP.
"Saya rasa perkara terbaik adalah dia berhenti bercakap tentang perkara
tersebut.
"Banyak lagi isu-isu lain yang lebih besar untuk diperkatakan,"kata Azizan
yang dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris.
Beliau berkata Karpal bebas untuk menyatakan pendapatnya dan tidak ada
sesiapa yang akan menghalangnya.
"Kita juga tidak katakan kepada Karpal supaya jangan menentang usaha-usaha
PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negera Islam,
"Karpal ada pandangannya terhadap hudud, tetapi ada juga pendapat lain
tentang undang-undang Syariah.
"Sebenarnya dia bukan sahaja kurang faham tentang perkara tersebut, bahkan
dia tak faham langsung," kata Ustaz Azizan.
Beliau berkata, kerajaan Kedah yang diketuai oleh PAS tidak pernah
berbincang tentang pelaksanaan hudud di Kedah sebab ia tidak termasuk di
dalam manifesto PAS Kedah dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Mereka yang takut kepada hudud adalah perompak dan barang siapa yang
tidak
mencuri atau merompak, tidak takut kepada perlaksanaan Hudud," katanya.
*Sumber : Harakah 9/4/208*
*Ulasan:*
Apa lagi yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS?
Setiap kali ditanya berkenaan penerapan hukum-hakam Islam, pelbagai alasan
telah diberikan oleh Ustaz Azizan iaitu Menteri Besar Kedah yang mewakili
PAS. Umat Islam masih menantikan penerapan syariat Islam secara kaffah dan
semakin hari mereka semakin kecewa dengan pendirian PAS yang masih lagi
berdolak-dalik. Perlaksanaan syariat Islam dengan penubuhan Negara Islam
kini dijadikan polemik dengan Karpal Singh. Isu yang ditimbulkan oleh
Karpal
Singh akan terjawab dengan sendirinya apabila syariat Islam diterapkan
secara kaffah. Selagi syariat Islam tidak diterapkan secara kaffah,
bagaimana si Karpal Singh itu hendak memahami bagaimana syariat Islam
dapat
menjamin kehidupan yang sejahtera di bawah naungan negara Islam?
Menubuhkan negara Islam merupakan suatu kewajiban yang paling utama kerana
hanya dengan cara itu sahaja syariat Islam dapat dilaksanakan ke atas
individu rakyat. Sebagai seorang yang beriman, kita tidak boleh condong
atau
terhalang oleh tuntutan sesiapa pun terutama orang-orang kafir. Allah
s.w.t
berfirman yang bermaksud:
*"Sebahagian besar ahli kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan
kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari
diri mereka sendiri."**[TMQ Al-Baqarah(2):109]*
Menerapkan hukum Allah subhanahu wa ta'ala merupakan kewajiban utama yang
sebenar tanpa mengira samada ia terkandung di dalam manifesto ataupun
tidak.
Jika kuasa sudah berada ditangan, seseorang pemimpin itu wajib
melaksanakan
syariat Islam secara kaffah. Firman Allah swt yang bermaksud:
* "dan hendaklah kamu memutuskan pekara diantara mereka menurut apa yang
telah diturunkan Allah, dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka.
Juga,
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkanmu
dari
sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.* *[TMQ
Al-Maidah(5):49]*
Kini, kuasa sudah pun ditangan, sampai bilakah umat harus menanti? Jika
sebelum pilihanraya dahulu PAS bermunajat dan berserah kepada kekuasaan
Allah, kini mereka juga harus yakin dengan pertolongan Allah untuk
menegakkan negara Islam tanpa mempedulikan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang
lain.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment