Thursday, October 22, 2009

Percukaian Dalam Negara Kebajikan

Agenda Negara Kebajikan
Percukaian Dalam Negara Kebajikan

Adalah begitu tidak tepat menyebut bahawa Negara Kebajikan adalah negara
bercukai tinggi, sebaliknya Negara Kebajikan adalah negara bercukai adil.
Di Malaysia sistem percukaiannya sememangnya tidak adil sehingga fenomena
golongan kaya bertambah-tambah kaya, manakala golongan miskin
bertambah-tambah miskin. Berdasarkan laporan Malaysian Business tentang
senarai golongan terkaya, 40 orang terkaya di Malaysia memegang aset
sebanyak RM162.66 bilion. Jika dibandingkan dengan anggaran GDP Malaysia
2007 sebanyak RM 1152.5 bilion, maka aset 40 golongan terkaya di Malaysia
ini adalah sekitar 14 % daripada pendapatan negara. Jurang pemisahan kaya
miskin seperti ini merupakan faktor yang kritikal boleh menyebabkan
ketidakstabilan dalam negara.

Dalam sebuah Negara Kebajikan struktur percukaian dilaksanakan untuk
memberi keadilan kepada rakyat keseluruhan di samping tidak menghalang
golongan kaya meneruskan kegiatan ekonomi mereka. Prinsip yang utama
dalam konteks sistem percukaian dalam sebuah Negara Kebajikan ialah
percukaian yang adil dan saksama. Prinsip percukaian seperti ini
diterjemahkan melalui agenda-agenda percukaian seperti berikut:

1. Mengenakan cukai perseorangan berdasarkan taraf hidup yang diukur
dengan kayu ukur yang munasabah. Kayu ukur ini seharusnya dikaji dari
masa ke semasa supaya benar-benar menepati situasi sebenar taraf hidup
rakyat. Dalam ekonomi Islam sistem zakat menunjukkan satu kaedah yang
praktikal apabila kadar nisah harta kekayaan itu berpandukan kepada nilai
emas yang sentiasa berubah. Bagi golongan terkaya potongan cukai mereka
adalah lebih tinggi tetapi tidaklah sehingga mereka dizalimi.

2. Mengelakkan cukai yang bertindih melalui sistem pungutan cukai yang
disatukan. Dengan cara ini akan mengelakkan rakyat terbeban dengan
pelbagai cukai yang sebenarnya tidak perlu dikenakan sekiranya pengurusan
itu disatukan. Sebagai contoh di Malaysia, cukai pintu yang dikutip oleh
pihak berkuasa tempatan tidak melibatkan cukai pembentungan sedangkan ia
boleh disatukan sekiranya tidak berlaku penswatsaan kepada sistem
pembentungan tersebut. Demikian juga dalam sektor pengangkutan, rakyat
dikenakan cukai jalan dan pada masa yang sama dikenakan cukai (tol)
semasa kereta berjalan di Lebuhraya.

3. Meminimakan cukai kepada barangan keperluan asasi dan memaksimakan
cukai kepada barangan aksesori mewah. Dengan pelaksanaan dasar seperti
ini maka dengan sendirinya barangan keperluan asas dapat dibeli dengan
lebih murah sebaliknya sejumlah pendapatan dapat dikutip daripada
golongan berada apabila mereka membeli barangan-barangan mewah. Sebagai
contoh sebarang bentuk cukai atau duti perlu diminimakan bagi rakyat yang
hendak membeli rumah pertama kerana itu adalah keperluan asasi mereka,
tetapi apabila ada rakyat mula membeli rumah kedua dan ketiga maka cukai
maksima yang berpatutan boleh dikenakan.

4. Mengelakkan cukai berulang kepada barangan-barangan terpakai yang
digunakan semula demi mengalakkan penggunaan sumber secara berhemah.
Sebagai contoh apabila seseorang hendak menjual apa sahaja barangan yang
bercukai semasa dibeli dahulu, kegiatan penjualannya dan pendapatan
daripada jualannya dikecualikan cukai. Dasar seperti ini sebenarnya
memberi ruang kepada rakyat yang tidak berada untuk memiliki barangan
mewah dengan harga yang murah dan berkualiti walaupun barangan itu dalam
kategori barangan terpakai.

5. Mewujudkan sistem pengembalian lebih cukai kepada rakyat seperti
menurunkan kadar cukai pada tahun kewangan berikutnya apabila
perbelanjaan tahunan kerajaan menunjukkan lebihan. Sebagai contoh pihak
Kerajaan Tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menurunkan
kadar cukai pintu pada tahun 2008 setelah perbelanjaan MBSA pada tahun
2007 menunjukkan lebihan. Yang berlaku di Malaysia kesemua sektor awam
akan cuba menghabiskan peruntukan kewangan tahunannya sebelum tahun baru
sehingga kadang-kadang berlaku pembaziran seperti deligasi melancong,
majlis makan malam dan lain-lain. Kesemua pembaziran ini sepatutnya tidak
berlaku kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

6. Yang paling penting ialah golongan pembayar cukai mempunyai akses untuk
mengetahui ke mana hasil kutipan cukai mereka dibelanjakan sama ada pihak
Kerajaan Pusat, Kerajaan Tempatan dan lain-lainnya. Perkara yang
terpenting dalam aspek ini ialah golongan pembayar cukai diberi hak untuk
mengetahui maklumat yang telus tentang perbelanjaan hasil pungutan cukai
mereka. Sehubungan dengan itu perlu ada badan bebas sama ada media atau
sivil society yang boleh menyalurkan maklumat perbelanjaan hasil cukai
ini.

Melalui pelaksanaan dasar percukaian seperti ini, maka adalah tidak tepat
tanggapan bahawa dalam sebuah Negara Kebajikan cukai yang dikutip akan
melambung tinggi, sebaliknya kemungkinan kadar cukai itu akan lebih
rendah. Yang penting sistem percukaian adalah satu wasilah untuk
mewujudkan sebuah pentadbiran yang bersih, telus dan amanah. Hari ini
Malaysia merupakan antara negara yang mengenakan cukai yang agak tinggi,
tetapi menafaat yang diperolehi rakyat hasil pungutan cukai sangat
minima. Berlaku ketirisan yang amat sangat terhadap hasil pungutan cukai,
sedangkan golongan pembayar cukai dinafikan hak mereka untuk mengetahui ke
mana hasil cukai mereka dibelanjakan.

Cakap Tak Serupa Bikin
Kelantan Election News Kelantan BN pledges to reduce taxes

In the supplementary manifesto for the state, BN is pledging to lower
assessment rates and quit rent, and abolish minor taxes on petty traders.

These are among the pledges in Kelantan Barisan Nasional's supplementary
manifesto to be unveiled tomorrow.

State BN chief Datuk Seri Annuar Musa said the manifesto would not only
address the needs and problems of the rakyat but also focus on good
governance.

"Sometimes the thinking that raising taxes would fatten the state coffers
is not right. Instead, we must be creative."

He said the manifesto would not only offer mega, iconic projects like the
new state mosque and stadium, it would also touch on the daily issues
which had direct impact on the people, especially the lower income group.


Analysis:

Do you believe this? I don't! Look at every state which is under the
control of Barisan Nasional.

Look at Selangor who had raise the assessment tax and quit rent over the
last 4 years. The state had in fact added a few more other taxes to
increase the state revenue in view of the overspending by the councillors
who made overseas trip to study toilet in Mauritius, watch belly dancing
in Egypt and visited toilets in China.

Look at Terengganu; the BN took control of the state 4 years ago and did
you hear of any quit rent and assessment tax being lowered? If they can't
do this for the states they are in control, how then? They may do it in
Kelantan to fulfill their promise, only to be creatively reconstructed
the tax in another form or structure. PAS vice president Datuk Husam Musa
said the Barisan Nasional wanted to capture Kelantan because of the oil
supply base off Kuala Besar and a natural gas landing terminal near the
JDA area. The oil reserves on the PM301 Block could last seven
generations and bring huge development funds to Kelantan.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: