Sunday, October 18, 2009

2 Contoh Kehidupan Rakyat Malaysia

Penghuni khemah Rimba Jaya dihalau pihak berkuasa jam 2.00 pagi
Nov 15, 2007

SHAH ALAM, 15 Nov (Hrkh) - Seawal jam dua pagi, beberapa keluarga yang
berkhemah dan tinggal di pondok yang dibina di Kampung Rimba Jaya
dikejutkan laungan supaya segera berpindah oleh anggota polis, Unit
Simpanan Persekutuan (FRU) dan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA).

Anggota keselamatan tersebut mengerah supaya mereka segera merobohkan
khemah dan pondok masing-masing serta diberi amaran supaya tidak
memasuki lagi kawasan tersebut.


Dalam pada itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Munah yang
menempatkan barang-barang milik keluarganya di sebuah rumah rakan di
Meru, Klang, berkata, beliau terpaksa membina khemah di bekas tapak
rumahnya pada waktu malam kerana tidak mempunyai penempatan lain untuk
bermalam.

"Malam ini saya tidak tahu di mana hendak bermalam. Nampaknya terpaksa
menumpang di rumah kawan. Untuk bermalam di sini, kawasan ini telah di
kawal ketat dan sekeliling kawasan sudah dipagar," katanya dengan nada
sayu.


Sementara itu, menurut pengawal keselamatan yang berkawal di kawasan
tersebut, anggota polis, FRU dan MBSA meninggalkan kawasan Rimba Jaya
kira-kira jam 12 tengah hari.


Jika pada 12 November lalu kami dibenarkan masuk ke kawasan tersebut
oleh pengawal keselamatan, permintaan kami untuk memasuki kawasan
tersebut hari ini dihalang dengan alasan kawasan tersebut sudah menjadi
'kawasan larangan'.


Difahamkan perobohan kuil yang terhalang pada 30 Oktober lalu juga
berjaya dilenyapkan sebelum mentari muncul. Kawasan sekeliling juga
dipagar dan dipalang.


Pada 30 Oktober lalu, 274 buah rumah penduduk termasuk surau Kampung
Rimba Jaya dirobohkan pihak berkuasa tempatan selepas diberi notis
selama seminggu untuk berpindah.


Bagaimanapuna ada kalangan penduduk terpaksa mendirikan khemah dan
pondok kerana tidak mempunyai penempatan lain dan tidak mampu membayar
sewa.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: