seluruh etnik di negara ini (Melayu, Orang Asli, India dan Cina), Tun VT
Sambanthan ketika ucapannya di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 menyebut :-
"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained
freedom in two years time. During this period, we had to discuss
citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since
we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do?......
They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do
with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia,
particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed
in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it
is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other
areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In
Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused
them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And
yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership
said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them
full opportunity to live in this country, we shall give them every
opportunity to become citizens". And so, in 1957, for the whole year, we
waived language qualifications, and tens of thousands of Indians,
Chinese, Ceylonese and others became citizens."[ii]
Adakah ini satu contoh patriotisme sebagai seorang rakyat Malaysia?
Ponnusamy Waytha Moorthy ke Washington D.C. untuk memaklumkan kepada
Kongres US tentang samannya ke atas kerajaan Britain tersebut. Mengapa
sampai perlu ke Amerika Syarikat? Adil sangatkah mereka sehingga sanggup
melanggar Iraq, mengsengsarakan rakyat di Afganistan, meranapkan ekonomi
Mexico dan memporakperandakan dunia?
Menurut 'pengkhianat bangsa' ini, masyarakat India di negara ini terpaksa
menelan "years of pain, suffering, humilliation, discrimination and
continuous coloniallisation under the current Malaysian government."
Apakah maksudnya? Siapa yang sengsara? Jika etnik India di negara ini
masih terus dijajah mengapa dirinya berjaya menjadi seorang peguam,
antara kerjaya yang sangat dihormati di negara ini?
Bagaimana pula dengan kejayaan Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan?
Rakyat Malaysia kenal akan nama ini terutama yang melanggan Astro dan
Maxis. Beliau dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur dan
mempunyai kekayaan melebihi USD 6.0 bilion[i]. Hina lagikah beliau?
Bagaimana pula dengan 'insan-insan Bersamamu TV3'?
Ketika negara ini masih baru mencapai kemerdekaan hasil kesepakatan
seluruh etnik di negara ini (Melayu, Orang Asli, India dan Cina), Tun VT
Sambanthan ketika ucapannya di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 menyebut :-
"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained
freedom in two years time. During this period, we had to discuss
citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since
we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They
had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with
citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly,
you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is
not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed
in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do
they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know,
Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship
and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya
what happened? Here, we found that the Malay leadership said, "We shall
take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity
to live in this country, we shall give them every opportunity to become
citizens". And so, in 1957, for the whole year, we waived language
qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and
others became citizens."[ii]
Ini yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Persefahaman dan tolak ansur
antara satu sama lain. Pada hari ini, terutama generasi muda telah lupa
apa yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Mereka tidak pernah didedahkan
dengan perkara ini sehingga sudah ada antara mereka yang mula
mempersoalkan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan.
Sepatutnya perkara seumpama ini didedahkan melalui mata pelajaran sejarah
di peringkat sekolah. Guru-guru sejarah seharusnya menerang dan memahamkan
perkara ini kepada para pelajar dengan bertanggungjawab, dan tidak hanya
menumpukan perkara-perkara yang akan masuk ke dalam kertas PMR atau SPM
sahaja.
Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain pula, sekiranya setiap etnik
India di negara ini berjaya mendapat £1 juta hasil saman tersebut,
mungkin etnik Melayu juga boleh memfailkan saman terhadap Kerajaan
Britain kerana membawa masuk orang India dan Cina ke Tanah Melayu yang
menyebabkan etnik pribumi tersebut terpaksa berkongsi kuasa, kekayaan,
tanah dan segalanya dengan etnik lain. Sehingga TV3 terpaksa membuat
rancangan Bersamamu untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa ramai
lagi orang Melayu yang masih hidup dalam kedaifan walaupun sudah ada
rakyat Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah berbilion-bilion US
dollar.
Ponnusamy ada menyebut bahawa 70% daripada masyarakat India di negara ini
masih miskin. Selain daripada kerajaan, tidakkah 40 orang terkaya di
Malaysia[iii] yang antaranya juga daripada kalangan etnik India mempunyai
social obligation bagi membantu rakyat Malaysia yang masih hidup dalam
kedaifan ini? Umum mengetahui bahawa peniaga-peniaga Cina mempunyai
jaringan mereka sendiri bagi membantu etnik Cina yang memerlukan bantuan.
Begitu juga dengan kongelemerat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar
AlBukhary.
Sekali imbas perkara ini mengingatkan saya peristiwa robohnya Kota Melaka
450 tahun yang lalu akibat daripada sikap khianat Nina Chattu dan
Uthimutha yang menjual rahsia Kota Melaka kerana termakan dengan janji
manis Portugis. Mereka berdua ini adalah rakyat Melaka (berasal dari
Benua Keling) tetapi kerana hasad dengki dan tamak haloba maka mereka
sanggup berpaling tadah menjual bangsa dan negara kepada bangsa asing.
Ini yang berlaku kini.
Ada cubaan oleh bangsa Malaysia sendiri untuk mengancam Perlembagaan
Persekutuan. Jika Perlembagaan ini menjadi tidak sah maka segala
undang-undang negara ini tidak sah. Parlimen tidak sah. Segalanya menjadi
tidak sah. Politik negara menjadi tidak stabil. Ekonomi akan runtuh.
Rakyat tidak akan lagi menikmati ketenteraman dan keamanan pada hari ini.
Keadaan akan menjadi huru hara. Mungkin tragedi di Bosnia akan berulang di
Malaysia. Apabila ini berlaku ada kuasa asing yang akan mengambil
kesempatan untuk bertapak di negara ini di atas nama keamanan dan hak
asasi manusia. Selepas itu, kita akan kembali menjadi anjing suruhan
orang di tanah air yang merdeka ini
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment