KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan),
Dato' Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan Suruhanjaya Bebas Diraja khususnya
keputusan Tan Sri Haidar Mohamed Nor berkaitan Pita Lingam yang tidak
memanggil beliau sebagai saksi.
-->
"Ini menimbulkan tanggapan ada kuasa-kuasa di belakang tabir yang
menentukan keputusan tersebut. Kuasa-kuasa ini cukup berpengaruh
sehinggakan Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa
sahaja bagi menafikan saya memberikan bukti," katanya dalam satu sidang
media di pejabatnya di Petaling Jaya dekat sini, semalam.
Beliau turut kesal para pesuruhjaya khususnya Haidar tidak mengambil
peluang mencari punca sebenar skandal ini, sebaliknya menghabiskan masa
mereka dengan isu-isu prosedur dan tafsiran yang terhad tentang bidang
kuasa mereka.
Secara sinis Anwar juga menyatakan bahawa beliau merupakan antara saksi
yang masih mempunyai ingatan yang baik berbanding beberapa saksi seperti
bekas Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara yang telah lupa kejadian
yang berlaku.
"Ingatan saya masih baik berbanding Mahathir dan Eusoff Chin yang sudah
banyak lupa apa yang berlaku."
"Lebih baik panggil saya sebagai saksi sekarang. Jangan tungggu 10 atau 15
tahun akan datang, kerana mungkin akan lupa macam mereka berdua juga,"
katanya yang disambut gelak tawa para wartawan yang hadir.
Dalam masa sama beliau menyeru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan
bagi memastikan bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah
bermula dengan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas
diterimapakai di dalam siasatan ini.
Sementara itu menjelang pilhan raya ini, beliau turut mendedahkan Umno
sudah mula menyebarkan dan mengulangi fitnah lama terhadap beliau dan
KeADILan yang diedarkan melalui VCD dan risalah, antaranya disebarkan di
Permatang Pauh, Pulau Pinang.
"Mereka sekali lagi tuduh saya sebagai agen Yahudi, pro-India dan
pro-Cina. Kalau berani, saya cabar mereka untuk 'bertarung' dan berdebat
secara terbuka dan menjawab semua isu-isu semasa."
"Apalah yang nak dibanggakan dengan Islam Hadhari yang diuar-uarkan? Di
luar negara nak tunjukkan bahawa kerajaan ada toleransi, tapi realitinya
menguasai dan control kita seperti sebuah negara komunis," katanya.
Saya juga menyeru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk
mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan bagi memastikan
bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah bermula dengan
penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diterimapakai di
dalam siasatan ini.-az
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment