menyaksikan pelbagai rentak serangan, hentaman dan sanggahan. Faktor
langit tentunya faktor utama, tetapi yang berperang tetap
dipertanggungjawab untuk mencari strategi.
PRU kali ini cukup penting. BN yang memerintah sudah cukup parah dengan
keKORUPannya. Tetapi untuk mengekalkan kuasanya, mereka akan menggunakan
segala cara supaya menang-by hook or by crook. Teori Machevelli 'matlamat
menghalalkan cara' menjadi moto penting.
Buat masa sekarang, media sedang digunakan untuk membuat provokasi
habis-habisan terhadap parti lawan. Halal haram , betul salah bukan
ukuran. Yang penting ialah MENANG.
PAS dan PKR punya isu dalam negara cukup banyak. Dari sistem kehakiman
hinggalah ke JKK. Tinggal lagi bagaimana menggarap isu-isu itu dalam
bentuk paling baik supaya ia sampai ke peringkat grassroot.
Banner, sepanduk, risalah, handbill di antara yang cukup penting selain
e-mail dan sms. Beberapa tips untuk bahan kempen ini ialah:
- isu mesti utama, bukan yang remeh-temeh.
-Isu mesti spesifik, berfokus.
-Ayat mesti ringkas, tepat dan padat.
-Gunakan huruf besar yang diprint, bukan tulisan tangan yang
menyerabutkan.
-jangan syok sendiri, tumpu kepada isu rakyat umum, bukannya hanya isu
yang diketahui oleh ahli PAS sahaja.
-hindarkan ulasan isu yang boleh menikam PAS atau PKR kembali.
-isu biar 'mengancam', boleh guna reverse psychology
-gantung banner, sepanduk di tempat strategi, mudah dilihat, senang dibaca
oleh semua.
Contoh-contoh ayat yang boleh digunakan:
'Laporan Ketua Audit Negara: Bukti BN tak layak perintah negara'
'(Gambar Dacing senget) Rakyat diSOGOK RM300 4 tahun sekali (satu neraca),
Pemimpin BN KEBAS RM3 juta 4 kali setahun (di satu neraca lagi)'
'Undilah BN, harga minyak akan dinaikkan lagi, (Berapa kali nak naik
daa..)'
'Fikirkan nasib anak cucu anda sebelum undi BN'
'Apa wakil rakyat BN kawasan anda buat?'
'BN menang, toke senang, rakyat tunggang langgang'
'Undilah BN untuk terus memeras rakyat'
'Dapat RM300, belanja 4 hari, rugi 4 tahun'
'Bala turun kerana tolak hukum Allah'
'18 tahun PAS perintah Kelantan, bukti PAS boleh!'
'1999-2004 PAS perintah Terengganu: Macam-macam kita buat'
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment