Wednesday, August 29, 2007

TEMERLOH, 28 Ogos 2007 (Hrkh) -* Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin
Mat Isa yakin PAS mampu menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan
sekiranya PAS diberi mandat untuk memerintah.

Menurutnya , Malaysia mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti minyak,
gas dan sebagainya tetapi kekayaan tersebut tidak dimanfaatkan untuk
kebajikan rakyat sebaliknya diguna untuk tujuan lain.

Beliau berkata, sungguhpun Petronas untung berbilion ringgit setahun
tetapi keuntungan itu dibelanja kepada projek yang tidak memberi faedah
secara langsung kepada golongan miskin seperti membina gelanggang lumba
kereta dan menganjurkan perlumbaan kereta dunia Formula 1, menaja
rombongan ekspedisi keluar negara dan sebagainya.

Katanya, PAS akan memasukkan isu menjadikan Malaysia sebagai negara
kebajikan ini di dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 yang sedang
dirangka. Ia akan ditawarkan kepada rakyat dalam pilihan umum akan datang.

Beliau berkata, hasil minyak yang banyak itu mampu memberi kebajikan
kepada rakyat termasuk memberi pendidikan percuma. "Hasil minyak petronas
yang banyak itu mampu memberi kebajikan kepada rakyat malah menurut satu
kajian jika Petronas membayar zakat ia mampu menampung kos pembelajaran
untuk semua pelajar di negara ini, ertinya rakyat akan mendapat
pendidikan percuma,"ujarnya ketika berucap sempena lawatan kerja beliau
ke Pahang baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, jika berkuasa PAS akan mewujudkan 'Tabung Pendidikan'
khusus yang akan menyediakan biasiswa bukan pinjaman kepada pelajar. -
mks.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: