Wednesday, August 29, 2007

*KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Hrkh)* - Sebanyak 40 stesen minyak Petronas di
seluruh negara bakal gulung tikar kerana tidak dapat menanggung kerugian
operasi akibat kenaikan harga minyak.


Sumber memaklumkan kepada Harakah, majoriti pengusaha minyak dalam
kategori
stesen rendah (low station) yang mencatat jualan di bawah 300 ribu liter
sebulan menghadapi kesulitan akibat penambahan kos belian petrol dan kos
operasi.

"Jumlah (low station) ini bukan sedikit kerana membabitkan kira-kira 40
peratus daripada jumlah stesen minyak seluruh Semenanjung," kata sumber.

Antara pengusaha stesen minyak yang terpaksa menyerahkan kembali premis
kepada syarikat minyak adalah Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen
Minyak milik tempatan dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha
Stesen
Minyak milik sebuah syarikat asing.

Menurut sumber itu, bagi mengelakkan lebih ramai pengusaha minyak gulung
tikar, kerajaan perlu menimbang tuntutan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia (PDAM) untuk menaikkan kadar komisen jualan petrol daripada 9.5
sen
seliter kepada 13 sen seliter.

Walaupun kerajaan BN menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen tahun lalu,
komisen jualan petrol kekal 9.5 sen seliter mengakibatkan para pengusaha
terpaksa menambah modal pembelian petrol kepada hampir 27 peratus.

Para pengusaha stesen minyak juga perlu menanggung kos caj kad kredit dan
menggaji petugas stesen disamping dipaksa beroperasi 24 jam oleh syarikat
minyak.

Lebih 90 peratus pengusaha stesen minyak di Semenanjung terdiri daripada
golongan Melayu Bumiputera.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: