Perutusan Khas Dato` Seri Anwar Ibrahim
Sempena Pilihanraya Negeri Sarawak 2006
Esok adalah tarikh penting buat sekelian rakyat bumi kenyalang, tuan-puan akan menentukan pimpinan bagi Sarawak dan rakyatnya. Pengundian yang akan berjalan esok juga bakal mencorakkan hala tuju kehidupan rakyat yang akan ditentukan dalam perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan dasar-dasar yang digunakan oleh kepimpinan yang dipilih.
Oleh itu dengan penuh harapan saya menyeru kepada seluruh rakyat bumi kenyalang yang layak untuk keluar mengundi esok untuk mengundi calon – calon Parti Keadilan Rakyat serta Barisan Bersatu Sarawak (BBS) demi masa depan Sarawak yang lebih cerah.
Selama ini rakyat Sarawak telah terbeban akibat kerakusan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sering melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa, perampasan tanah dan pembolotan kekayaaan hasil mahsul Sarawak. Hasilnya Sarawak merupakan antara negeri termiskin di Malaysia walaupun amat kaya dengan hasil buminya seperti kayu balak dan petroleum.
Calon-calon Parti Keadilan Rakyat berjanji untuk membawa suara dan kepentingan seluruh lapisan rakyat di DUN Sarawak. Calon-calon yang terpilih juga akan membawakan usaha-usaha menetang rasuah penyalahgunaan kuasa, dan perampasan tanah yang telah lama dilakukan oleh pemimpin regim lama Barisan Nasional (BN).
Inilah masanya untuk berubah, kekayaan Sarawak bukan hak milik segelintir pemimpin yang rakus dan tamak. Kembalikan semula Sarawak kepada rakyatnya.
Sekian, Terima Kasih
Dato` Seri Anwar Ibrahim
19 Mei 2006
Saturday, June 03, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment