Saturday, June 03, 2006

KENAPA KITA TOLAK IFC?

KENAPA KITA TOLAK IFC?

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC)
adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti
sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh
mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan
penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan
segala keputusannya adalah
muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi
seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan
dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of
Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun
Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh
melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001.
Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia
amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan
berjaya.

Kronologinya seperti berikut:

Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum
daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan
IRC berjalan dengan lancar.

. Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum
mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama
INSAF.

. Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan
dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

. Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC
diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri
daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM,
ACCIN , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar
yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara
kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai
semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

. Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan
IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar
telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis
Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

. Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh
Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang
bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-
orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak
seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah
diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad)
dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam
tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi
dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim
bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam
sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah
dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin
dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan
undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya
dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan
hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk
membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam
sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang
bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh
dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam
percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya
dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah
diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-
masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya
dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat
sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama
masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada
pelajar sekolah.



5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika
ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri
hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini
adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam.
Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1)
Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama)
tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai
menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk
disesuaikan dengan kepentingan sendiri.
Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan
agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan
urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang
berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang
berkelayakan di dalam Islam sendiri.

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma
antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
. Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 . Konvensyen untuk menghapuskan
semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia
pada 5 Julai 1995) . Konvensyen mengenai hak kanak-kanak..
Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan
diskriminasi berasaskan agama. .
Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan,
sukukaum,
agama dan bahasa minoriti. . Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia
kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama
mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma
antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan
Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi
Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh
manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma
antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk
kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja . Manusia adalah bebas.
Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa
sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh
mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama.
Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad . Deklarasi sejagat mengenai hak
asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas
berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar
agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim
bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia.
Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang
penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma
antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya
kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang
diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat
nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak
berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama
Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad.
Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan
beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen19(3) draf undang-
undang IFC.

6. Apakah sikap PM dan menteri?

Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan
IFC
cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa
Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya,
Dato' Sri
Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri
sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam
menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi
individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira
melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan
undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak
orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai
dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
atas tiket "hak asasi manusia". Kenyataan ini nampaknya selari
dengan tuntutan IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno
yang
bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita.
Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama
sekali dibenarkan.Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang
penubuhan IFC. Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya
menyebarkan risalah ini

No comments: