Monday, February 22, 2010

Penjelasan H1N1

Disertakan satu review article mengenai epal untuk menjelaskan bukti
secara saintifik. Secara ringkasnya, epal mempunyai kandungan antioksidan
yang tinggi dan didapati membantu mengurangkan masalah berkaitan
kardiovaskular (jantung), kanser dan asma. Jangkitan H1N1 kebanyakannya
kerana tahap imuniti badan yang rendah menyebabkan mudah dijangkiti virus
tersebut dan kebanyakan kematian akibat H1N1 adalah disebabkan oleh
komplikasi pneumonia (Huraian DBP: Penyakit radang paru-paru yang
menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada peparu berisi
air yang mengakibatkan alveola berkahak) atau komplikasi organ lain.
Kemungkinan juga epal membantu meningkatkan tahap imuniti badan melalui
aktiviti antioksidannya dan membantu mengurangkan masalah berkaitan
sistem paru-paru (seperti kes asma). Wallahu’alam. Kanak-kanak, warga
emas dan orang yang mempunyai penyakit kronik (jantung, diabetes, asma,
etc) lebih mudah dijangkiti kerana ketahanan imun badan yang kurang
mantap atau baik.

Walau bagaimanapun, kaedah paling baik untuk mencegah daripada jangkitan
sebarang virus dan sebagainya adalah dengan memastikan keadaan fizikal,
mental, spiritual dan emosi diri kita pada tahap paling ideal supaya
tahap ketahanan imun badan kekal tinggi. Amalkan gaya hidup dan pemakanan
yang sihat dan bersenam. Kalau terasa sahaja tak sedap badan, elakkan
daripada berada di tempat ramai orang, banyakkan berehat dan minum air,
ambil makanan dan minuman yang tinggi kandungan bahan antioksidan
(terutamanya sayuran dan buahan) dan banyakkan berzikir dan solat sunat.
Sesungguhnya apa-apa yang kita cuba kalau belum izin Allah, maka takkan
jadi juga (Melayu kata tak serasi).


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: